KAMPAR: Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan memberikan insentif kepada dua atlet negeri Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Sheeren Samson Vallabouy kerana kejayaan merangkul pingat gangsa dalam acara olahraga pada temasya Sukan Asia Hangzou 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah berkata jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
"Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan yang digapai oleh kedua-dua mereka dan seperti yang semua sedia maklum, ia bukan datang dengan mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan yang besar.
"Berkaitan dengan insentif ini, sememangnya MSN ada kadar-kadar tertentu untuk pemberiannya bagi atlet negeri Perak yang berjaya dan cemerlang di persada antarabangsa," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Program E-Kelas Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maxis Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar di sini, hari ini.
Pada 30 Sept lalu, Muhammad Azeem, 19, yang diberi jolokan 'Usain Bolt Malaysia' berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 10.11 saat.
Shereen, 25, pula berjaya merangkul gangsa dalam acara 400 meter wanita dengan catatan 52.58 saat sekali gus menamatkan penantian 17 tahun negara untuk menuai pingat dalam kategori balapan.
Khairudin berkata semua pihak seharusnya memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua atlet ini untuk terus melakar kejayaan tanpa sebarang gangguan yang mampu merencatkan persembahan mereka.
"Kedua-duanya masih muda dan kita kena bagi ruang dan peluang kepada mereka menimba pengalaman dan menjalani latihan dengan gigih agar lebih banyak kejayaan dapat diraih khususnya di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut mengharapkan kejayaan yang diraih oleh kedua-dua atlet ini dijadikan contoh kepada atlet lain untuk terus berusaha memperbaiki prestasi masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Kerajaan negeri melalui MSN Perak akan memberikan insentif kepada Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Sheeren Samson Vallabouy kerana kejayaan merangkul pingat gangsa dalam acara olahraga pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto FB Majlis Sukan Negara
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.