HANGZHOU: Ekstravaganza temasya sukan terbesar benua Asia selama lebih dua minggu pada Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Pertunjukkan selama 75 minit di Stadium Olimpik Hangzhou tertumpu kepada para atlet atas pengorbanan dalam mengejar impian dalam dunia sukan serta tanda terima kasih kepada barisan sukarelawan dalam membantu menjayakan temasya itu sejak perasmian pada 23 Sept lalu.
Evolusi teknologi China dan lebih dari 2,100 peserta persembahan memainkan peranan penting dalam upacara tersebut dengan gelanggang Sukan Asia pertama kali berubah menjadi palet warna raksasa yang mengubah wajah seperti langit, bintang, bunga dan ombak.
Selepas persembahan pembukaan dengan tema 'The tide of Qiantang River comes from heaven,', acara perarakan atlet dan sukarelawan disambut dengan sorakan padu ribuan penonton di stadium kapasiti 80,000 penonton yang juga dikenali sebagai 'The Big Lotus'.
Atlet karate negara, Muhammad Arif Afifudin Ab Malik, pemenang emas acara kumite bawah 80 kilogram (kg) diberi penghormatan sebagai Pembawa Jalur Gemilang dengan saiz kontinjen negara terdiri daripada 40 atlet daripada sukan karate, kabbadi, ju-jujitsu serta anggota sekretariat masuk ke stadium.
Malaysia diwakili 288 atlet dalam 22 daripada 40 jenis sukan dipertandingkan menamatkan cabaran dengan menduduki tangga ke-14 dengan mengumpul enam emas, 8 perak dan 18 gangsa untuk keseluruhan 32 pingat, melepasi sasaran 27 pingat.
Selepas ucapan penutupan oleh Pemangku Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Raja Randhir Singh, temasya sukan itu ditutup secara rasmi dengan bendera OCA diturunkan dan diserahkan kepada penganjur edisi ke-20 yang akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026 sebelum obor temasya dipadamkan.
Detik-detik penting Sukan Asia Hangzhou 2022 selama 16 hari lalu ditayangkan semula di skrin, sebelum pembawa obor digital terkenal yang muncul ketika upacara perasmian hadir sekali lagi sebelum api sukan itu dipadamkan.
Perenang China, Qin Haiyang dan Zhang Yufei, masing-masing membolot enam emas, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MPV) Sukan Asia ke-19.
China seperti dramalkan, muncul juara keseluruhan apabila menamatkan saingan dengan memenangi 201 pingat emas, 111 perak dan 71 gangsa diikut Jepun (52-67-69) dan Korea Selatan di tempat ketiga dengan 42-59-89.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Bendera Jepun dinaikkan bersebelahan bendera China simbolik pertukaran tuan rumah Sukan Asia pada Majlis Penutupan Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam ini. - Gambar Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.