IPOH: Kerajaan Perak komited untuk memastikan komitmen di antara Majlis Sukan Negeri (MSN) dan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan berterusan, meskipun dia sudah menginjak ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata, tindakan itu penting bagi memastikan bakat kelahiran Perak itu tidak disia-siakan selain dapat mengharumkan nama negeri ini.
Sehubungan itu, pihaknya telah meminta MSN Perak untuk memperhalusi komitmen yang akan dilaksanakan dengan Azeem selepas ini.
"Walaupun dia akan berlatih atau melanjutkan pengajian di luar negara tetapi komitmen MSN Perak dengan Azeem mesti diteruskan.
"Bagaimanapun, setakat ini saya tak boleh nak kata apa yang kita akan bagi. Tetapi komitmen kita, sebelum ini (seperti) elaun mesti diteruskan.
"Kalau perlu penambahan elaun dan sebagainya kena pertimbangkan. Kita mahu Azeem berada bersama dengan kontinjen Perak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Usahawan Teknologi Inovasi dan Kreativiti Kinta (PUTIK), Program Sil dan Aplikasi Stopover, di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Khairul Shahril secara peribadi menasihatkan Azeem agar melanjutkan pelajaran di luar negara kerana lebih banyak peluang untuknya meningkatkan prestasi diri.
"Potensi anak muda ini cukup besar, selama ini puas kita cari bakat sepertinya. Jadi saya sudah cadangkan kepada ayahnya untuk Azeem belajar di Amerika Syarikat.
"Kerana di sana sains sukan dalam konteks olahraga lebih baik, peluang untuk dia menyerlah lebih besar," katanya lagi.
Pada Rabu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk menaik taraf balapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh yang menjadi tempat jaguh pecut remaja negara itu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha itu adalah bagi membolehkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi dalam sukan olahraga dapat dilahirkan pada masa akan datang.
Semalam Azeem, 18, menduduki tangga kelima dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia dengan catatan 10.14 saat.
Dia turut melakar pencapaian sensasi memecah rekod kebangsaan dengan kepantasan 10.09 saat, memadam rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016.
Aida Aziz
Thu Aug 04 2022

Kerajaan Perak komited untuk memastikan komitmen di antara Majlis Sukan Negeri (MSN) dan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan berterusan, meskipun dia sudah menginjak ke peringkat lebih tinggi. - Gambar fail BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat
Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Amerika Syarikat.

'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.

Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.

Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.

NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.