ALOR SETAR: Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) pada Selasa mengumumkan usahawan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, sebagai pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, KDA FC bagaimanapun berkata jumlah pegangan saham Mohd Daud yang juga tokoh kewangan Islam, di dalam kelab itu tidak boleh dimaklumkan lagi buat masa ini.
"Dr Mohd Daud telah dilantik sebagai penaung KDA FC oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 25 Nov 2021. Beliau aktif memacu KDA FC sebagai penaung melalui pendanaan kelab serta jaringan besar dengan syarikat korporat.
"Fasa seterusnya, peranan beliau akan lebih besar dengan menentukan hala tuju kelab bola sepak itu ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan, selaras dengan penswastaan kelab bola sepak di Malaysia, penambahan pegangan saham itu dilihat strategi lebih dinamik untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan di era bola sepak moden.
"Dr Mohd Daud merupakan usahawan dalam pelbagai bidang, di samping memimpin beberapa agensi besar negara dan tepat pada masanya untuk membangunkan kelestarian kewangan, tadbir urus dan tata kelola, fasiliti, prasarana serta kualiti pemain dan kejurulatihan dalam KDA FC.
"Kelab merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, kerajaan negeri dan KFA, dalam memacu dengan cemerlang pasukan bola sepak Kedah dengan memperoleh kejayaan tempatan dan serantau, terutamanya dari aspek kewangan dan kemudahan infrastruktur untuk kegunaan pasukan," katanya.
Tambahnya, pemilikan saham oleh individu seperti Mohd Daud itu, adalah langkah awal KDA FC ke arah penswastaan sepenuhnya KDA FC sebelum 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
KDA FC pada Selasa umum Dr Mohd Daud Bakar sebagai pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd. -Bernama
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Desas-desus pemain KDA FC boikot latihan semakin kuat
Desas-desus mengenai pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memboikot sesi latihan susulan masalah pembayaran gaji semakin kuat, selepas perkara tersebut semakin tular di laman sosial.
Pasukan lawan sentiasa berusaha kalahkan JDT - Bidoglio
Walaupun berpesta gol pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio tetap mengingatkan anak buahnya untuk kekal fokus bagi menghad
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
GTR Burger tarik diri rakan strategik KDA FC
Tidak dinyatakan dengan jelas punca tarik diri, tetapi difahamkan ia dipercayai selepas menerima kritikan daripada penonton.
Piala FA: Nafuzi anggap KDA FC tidak patut tewas kepada JDT
Nafuzi akui bertemu JDT satu perlawanan yang sukar, tetapi satu jaringan yang dicipta membuktikan pasukannya berfungsi dengan baik.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.