PENYANYI antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.


Ringkasan AI
  • John Legend akan mengadakan konsert bertajuk *An Evening With John Legend: A Night of Songs And Stories* di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober.
  • Penyanyi jemputan untuk konsert ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza dari Malaysia dan Yura Yunita dari Indonesia.
  • John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.


Menerusi konsert yang diberi judul An Evening With John Legend: A Night of Songs And Stories, Legend akan ditemani oleh dua penyanyi jemputan yang cukup terkenal.

Mereka adalah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelantun Tutur Batin, Yura Yunita.

Meski nama penyanyi jemputan diberikan pihak penganjur, namun Legend teruja serta mahu keduanya ikut serta di dalam konsert yang bakal diadakan kerana menyukai Siti dan Yura.

“Penganjur yang memperkenalkan Siti dan Yura kepada saya. Saya diperdengarkan dengan beberapa muzik mereka yang diputarkan penganjur dan saya menyukainya.

“Tentu sahaja saya tidak boleh berkata tidak untuk memiliki dua penyanyi wanita hebat ini dalam konsert saya.

“Jadi saya fikir adalah sesuatu yang menyenangkan jika mereka menemani saya di konsert. Siti dan Yura akan jadi pelengkap yang bagus buat saya,” kata Legend menerusi temu bual bersama Kompas.

Penyanyi asal Amerika Syarikat itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai rancangan bersama Yura dan Siti.

Namun dia berjanji akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People dan Tonight. -Gempak