ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC, malam tadi dan melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA.
Katanya berbekalkan satu jaringan yang diperoleh dalam perlawanan suku akhir pertama sebelum ini menjadikan perlawanan kedua malam tadi begitu mendebarkan apatah lagi bermain di hadapan lebih 16,000 penyokong setia Hijau Kuning.
Mohd Nafuzi berkata perubahan taktikal, semangat juang, keyakinan serta komitmen semua pemain akhirnya membolehkan KDA FC menyekat Penang FC daripada memperoleh sebarang gol dalam perlawanan tersebut.
"Alhamdulillah terima kasih kepada pemain, saya rasa perlawanan sangat sukar walaupun bermain di tempat sendiri, saya tahu berbekalkan satu jaringan adalah situasi agak mendebarkan untuk kita bertahan.
"Jadi kita terapkan strategi serangan dan pada masa sama melindungi satu gol yang kita ada, ia situasi berbeza dan mencabar, namun terima kasih kepada pemain yang bersemangat hingga ke akhir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Penang FC yang berkesudahan keputusan 0-0 di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.
Keputusan itu membolehkan KDA FC melangkah ke pusingan separuh akhir untuk bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sementara itu, Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli akui kecewa dengan keputusan itu yang menyaksikan kelemahan di bahagian serangan untuk menghasilkan jaringan.
"Kita sudah ada perbincangan dengan pihak pengurusan untuk bawa masuk pemain import kuota Asia bagi mengisi bahagian serangan dan pemain tempatan di posisi sama...dan saya harap ia akan merubah corak permainan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Pemain pasukan Kedah Darul Aman FC Habib Haroon H Seaeed diasak pertahanan pasukan Pulau Pinang FC Namathevan Arunasalam pada perlawanan Piala FA 2024 di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera peringkat terbaik, menawarkan keseimbangan reka bentuk, prestasi dan jangka hayat bateri yang lebih lama.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa sisat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning dalam ijazah sarjana, di mana pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam situasi dunia sebenar.
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.