Bekas Kapten Hoki Negara, Mirnawan Nawawi terkejut apabila dikaitkan sebagai salah seorang calon chef de mission (CDM) Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sukan hoki gagal melepasi kelayakan temasya itu.
Malah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini masih lagi cuba berahsia mengenai identiti calon CDM Olimpik Rio walaupun sudah mempunyai dua calon.
Beliau yang terkejut dengan khabar angin tersebut bagaimanapun sedia menggalas tugas diberikan.
"Saya lihat ramai juga yang begitu layak untuk menyandang jawatan CDM dalam sukan Olimpik akan datang.
"Bagi saya bukanlah sesuatu perkara yang kekok tetapi sudah tentu satu tanggungjawab yang begitu besar diberikan kepada seseorang untuk menjadi CDM lah," jelas Mirnawan ketika ditemui Astro ARENA.
Antara kriteria calon CDM ialah bekas olimpian dan pegawai sukan tempatan.
Mirnawan dikatakan individu bekas olimpian kerana pernah beraksi dalam 3 temasya Olimpik.
Mirnawan cukup dikenali sebagai kapten terhebat skuad hoki negara hingga digelar 'The Boss'.
Selain 3 temasya Oimpik, beliau turut beraksi di dua piala dunia dan pernah bertindak sebagai pembawa bendera kontingen negara di Olimpik Sydney 2000./
Seorang lagi calon yang dikaitkan ialah Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Al-Amin Mohd Rashid.
Sementara itu, Naib Presiden MOM, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din dikaitkan sebagai calon CDM Sukan SEA 2017.
Pengumuman akan dibuat pada 7 September depan.
Astro Arena
Sun Aug 30 2015
![Mirnawan terkejut dikaitkan sebagai calon CDM ke Rio Mirnawan terkejut dikaitkan sebagai calon CDM ke Rio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440914097_Mirnawan.jpg)
Mirnawan cukup dikenali sebagai kapten terhebat skuad hoki negara hingga digelar 'The Boss'. - Gambar Fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588942938_MajlisOlimpikMalay.jpg)
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
![Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719317130_DatukHamidinMohdA.jpg)
Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin
Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.
![Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719274104_tbOlimpik.jpg)
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
![Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28 Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718967496_SukanSEA.jpg)
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
![Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716197602_NorzaZakaria.jpg)
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
![MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027 MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689415054_TBNorzaZakaria.jpg)
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
![MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
![Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706799016_KhairulnizamMohdAf.jpg)
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
![Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
![Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705635641_DrPekanRamli.jpg)
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."