Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Astro Arena
Sun Nov 03 2024
Pada 2017, nama Annie Chong disematkan dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas dedikasinya mengharumkan nama negara. - Stadium Astro
OLIMPIAN wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Pada 2017, namanya disematkan dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas dedikasinya mengharumkan nama negara menerusi olahraga.
Ratu trek yang berusia 22 tahun ketika itu bertanding atas tiket Malaya dalam 100m Sukan Olimpik Melbourne 1956 dan antara pencapaian yang lain ialah menyertai Sukan Asia 1954 di Manila serta Tokyo, empat tahun kemudian.