Barisan pertahanan skuad negara dijangka sibuk pada pertemuan menentang Chelsea bagi aksi siri jelajah pra-musim kelab Inggeris itu, Ahad ini.

Ini berikutan, pemain-pemain the Blues sudah pasti mahu membuktikan wibawa masing-masing kepada pengendalinya, Jose Mourinho.

Hakikat itu diakui pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Tonggak Johor Darul Takzim itu berkata jentera serangan Chelsea tetap berbisa biarpun tanpa kelibat Fernando Torres.

"Saya jangkakan perlawanan Ahad ni paling sibuk di bahagian pertahanan harap rakan pertahanan dapat seimbangkan game dan mematahkan serangan daripada Chelsea,” kata Aidil.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.