Pemain berpengalaman, Aidil Zafuan Abdul Radzak menyifatkan kepulangan beliau dalam skuad Harimau Malaya merupakan satu pengiktirafan tertinggi untuk dirinya bagi terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan.
Pertahanan tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 32 tahun itu yang dipanggil semula Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain bagi sesi latihan pusat skuad negara, bertekad membalas kepercayaan diberikan pengendali skuad Harimau Malaya itu dengan berusaha membantu Malaysia membenam Sri Lanka pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Perlawanan berkenaan merupakan persediaan yang dirangka Cheng Hoe sebelum Malaysia menghadapi Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Okt ini.
"Memang kecewa apabila tidak dapat bersama rakan sepasukan apabila berjuang di tengah padang, dan sebagai pemain, kita kena terima perkara itu dengan positif, dan perlu bekerja keras untuk meraih kembali tempat dalam skuad utama.
Perasaan apabila tengok rakan sepasukan beraksi menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas membuat saya teruja untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan, dan terima kasih kepada jurulatih (Cheng Hoe) yang memberi peluang kepada saya," kata Aidil Zafuan pada sidang media praperlawanan Malaysia menentang Sri Lanka di venue berkenaan, hari ini.
Pada masa sama, pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu berharap kehadiran beliau dapat membantu barisan pertahanan Harimau Malaya mengekang serangan pantas yang bakal ditampilkan jentera serangan Vietnam pada aksi di Hanoi nanti.
Kali terakhir Aidil Zafuan beraksi bersama skuad kebangsaan adalah sewaktu Malaysia tewas dengan agregat 2-3 kepada Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh pada 15 Dis lalu.
Beliau juga telah mencatat 82 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan sejak 2007.
Dalam pada itu, Cheng Hoe menegaskan aksi pemanas badan menentang Sri Lanka menjadi medan terbaik untuk dirinya bagi mengenal pasti kesebelasan utama yang bakal diturunkan untuk aksi berdepan Vietnam.
Pengendali berusia 51 tahun itu turut memaklumkan beliau tidak akan memanggil pemain baharu dalam skuad 27 pemain, walaupun beberapa pemain utama dilaporkan masih bergelut dengan kecederaan yang dialami sewaktu membantu pasukan masing-masing dalam kempen Piala Malaysia.
"Bagi perlawanan menentang Sri Lanka, kita semestinya mengharapkan keputusan positif, di samping menjadi medan terbaik kepada pemain mendapatkan semula momentum cemerlang yang dipamerkan dalam aksi berdepan Indonesia dan UAE," kata Cheng Hoe yang tidak menolak kemungkinan memberi peluang kepada beberapa pemain muda untuk aksi berdepan Sri Lanka, malam esok.
Sebagai rekod, Malaysia kini menduduki tangga ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setelah mengutip tiga mata daripada dua perlawanan setakat ini.
Pada perlawanan sulung berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Malaysia mencatat kemenangan 3-2 sebelum tumpas 1-2 kepada UAE dalam aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Kali terakhir Aidil Zafuan beraksi bersama skuad kebangsaan adalah sewaktu Malaysia tewas dengan agregat 2-3 kepada Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018. - Gambar fail/Bernama
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Aidil Zafuan tekad teruskan kegemilangan JDT sebagai jurulatih
Aidil bersyukur Tunku Mahkota Johor menawarkan untuk beliau terus berada di JDT dalam kapasiti kejurulatihan.
Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja
Malaysia hanya membawa 24 pemain dalam edisi kali ini degan ketiadaan beberapa tonggak utama.
Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL
Pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kini menjadi pemain paling lama berkhidmat untuk JDT iaitu selama sembilan tahun sejak 2013.
JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.
Aidil Zafuan teruja kembali perkuat skuad Harimau Malaya
Pertahanan tengah JDT berusia 32 tahun itu yang dipanggil semula Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain bagi sesi latihan pusat skuad negara.
Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan
Kim Swee menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.
Safiq, Aidil bersara daripada skuad kebangsaan
Aidil berkata mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara pada perlawanan akan datang.
Aidil yakin skuad Harimau Malaysia mampu atasi Fiji
Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin rakan sepasukan mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan pasukan ranking ke-186 dunia itu.
Gol tingkat keyakinan Aidil
Pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan Abdul Radzak akui jaringannya pada Selasa cukup penting untuk mengembalikan semula keyakinannya selepas baru pulih daripada kecederaan.
Penghormatan besar pikul tugas kapten
Aidil Zafuan Abdul Radzak dijangka diberi tugas sebagai kapten pada perlawanan menentang Chelsea pada Ahad.