Keadaan padang dan cuaca panas tidak menjadi halangan utama untuk skuad Harimau Malaysia memburu kemenangan kedua berdepan Fiji pada perlawanan persahabatan terakhir Jelajah Oceania di Stadium Prince Charles Park, Nadi, Fiji, hari ini.
Kapten skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak berkata walaupun mereka terpaksa berdepan dengan situasi sedemikian, beliau yakin rakan sepasukan mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan pasukan ranking ke-186 dunia itu.
"Kita sudah bersedia untuk aksi selepas menjalani latihan selama dua hari dan saya mengharapkan rakan sepasukan dapat memanfaatkan taktikal yang diberikan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) sepanjang tempoh latihan diadakan," katanya dalam satu temu bual selepas latihan singkat skuad kebangsaan di Fiji, pada Sabtu.
"Berdepan pemain muda Fiji dengan keadaan cuaca panas bukan satu tugas mudah namun saya dan rakan sepasukan lebih fokus kepada taktikal permainan dan saya lihat para pemain amat bersemangat untuk aksi menentang Fiji," kata pertahanan tengah Johor Darul Ta'zim itu.
Rakaman audio temubual berkenaan diperoleh Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Malaysia yang berada di ranking ke-173 dunia menerima kecaman hebat daripada peminat bola sepak negara sebelum ini, setelah kalah mengejut 0-2 kepada pasukan ranking ke-193 dunia, Papua New Guinea di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, Jumaat lepas.
Skuad negara, bagaimanapun bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan ranking ke-183 dunia, New Caledonia di Stadium Numa-Daly Magenta, Noumea, New Caledonia, Rabu lepas.
Bernama
Sat Jun 25 2016
AIDIL ZAFUAN: Harap rakan sepasukan dapat memanfaatkan taktikal yang diberikan Ong Kim Swee.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
Aidil Zafuan tekad teruskan kegemilangan JDT sebagai jurulatih
Aidil bersyukur Tunku Mahkota Johor menawarkan untuk beliau terus berada di JDT dalam kapasiti kejurulatihan.
Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja
Malaysia hanya membawa 24 pemain dalam edisi kali ini degan ketiadaan beberapa tonggak utama.
Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL
Pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kini menjadi pemain paling lama berkhidmat untuk JDT iaitu selama sembilan tahun sejak 2013.
JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.
Aidil Zafuan teruja kembali perkuat skuad Harimau Malaya
Pertahanan tengah JDT berusia 32 tahun itu yang dipanggil semula Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain bagi sesi latihan pusat skuad negara.
Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan
Kim Swee menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.
Safiq, Aidil bersara daripada skuad kebangsaan
Aidil berkata mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara pada perlawanan akan datang.
Aidil yakin skuad Harimau Malaysia mampu atasi Fiji
Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin rakan sepasukan mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan pasukan ranking ke-186 dunia itu.
Gol tingkat keyakinan Aidil
Pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan Abdul Radzak akui jaringannya pada Selasa cukup penting untuk mengembalikan semula keyakinannya selepas baru pulih daripada kecederaan.
Penghormatan besar pikul tugas kapten
Aidil Zafuan Abdul Radzak dijangka diberi tugas sebagai kapten pada perlawanan menentang Chelsea pada Ahad.