Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan dua tonggaknya, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang mengumumkan persaraan daripada skuad bola sepak kebangsaan.
Mengakui terkejut dengan pengumuman Safiq yang juga ketua pasukan negara serta tonggak pertahanan, Aidil Zafuan, Kim Swee bagaimanapun yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut.
"Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka, kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Pada masa sama, Kim Swee menjelaskan beliau perlu mencari pengganti yang sesuai bagi menggalas tugas skuad Harimau Malaysia pada masa akan datang, sambil menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.
"Bagaimanapun, jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu," tegas Kim Swee.
Kedua-dua pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu membuat pengumuman menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Aidil Zafuan, 28, dari Seremban yang membuat 68 penampilan bersama skuad negara memuat naik kenyataannya terlebih dahulu sebelum Safiq, 29, mengambil tindakan sama kira-kira sejam selepas itu.
Safiq, penjaring terbanyak Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014, membuat 66 penampilan bersama Harimau Malaysia sejak 2007.
Kedua-dua pemain itu berkata mereka mengambil keputusan tersebut bagi memberi laluan kepada pemain muda.
Bernama
Wed Jul 13 2016
![Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441468502_OngKimSwee.jpg)
Kim Swee (gambar) menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Aidil Zafuan tekad teruskan kegemilangan JDT sebagai jurulatih Aidil Zafuan tekad teruskan kegemilangan JDT sebagai jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703909236_aidilzafuan.jpg)
Aidil Zafuan tekad teruskan kegemilangan JDT sebagai jurulatih
Aidil bersyukur Tunku Mahkota Johor menawarkan untuk beliau terus berada di JDT dalam kapasiti kejurulatihan.
![Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638738007_AidilZafuanPiala.jpg)
Piala Suzuki AFF: Aidil Zafuan gusar kekurangan skuad negara dieksploitasi Kemboja
Malaysia hanya membawa 24 pemain dalam edisi kali ini degan ketiadaan beberapa tonggak utama.
![Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61570370572_aidilzafuanabdrad.jpg)
Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL
Pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kini menjadi pemain paling lama berkhidmat untuk JDT iaitu selama sembilan tahun sejak 2013.
![JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609380743_ABK.jpg)
JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.
![Aidil Zafuan teruja kembali perkuat skuad Harimau Malaya Aidil Zafuan teruja kembali perkuat skuad Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466898352_AidilZafuan.jpg)
Aidil Zafuan teruja kembali perkuat skuad Harimau Malaya
Pertahanan tengah JDT berusia 32 tahun itu yang dipanggil semula Tan Cheng Hoe dalam senarai 27 pemain bagi sesi latihan pusat skuad negara.
![Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441468502_OngKimSwee.jpg)
Kim Swee hormati keputusan Safiq, Aidil bersara wakili skuad kebangsaan
Kim Swee menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.
![Safiq, Aidil bersara daripada skuad kebangsaan Safiq, Aidil bersara daripada skuad kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466898352_AidilZafuan.jpg)
Safiq, Aidil bersara daripada skuad kebangsaan
Aidil berkata mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara pada perlawanan akan datang.
![Aidil yakin skuad Harimau Malaysia mampu atasi Fiji Aidil yakin skuad Harimau Malaysia mampu atasi Fiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466898352_AidilZafuan.jpg)
Aidil yakin skuad Harimau Malaysia mampu atasi Fiji
Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin rakan sepasukan mampu menampilkan aksi cemerlang berdepan pasukan ranking ke-186 dunia itu.
![Gol tingkat keyakinan Aidil Gol tingkat keyakinan Aidil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/250615aidilzafuan.jpg)
Gol tingkat keyakinan Aidil
Pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan Abdul Radzak akui jaringannya pada Selasa cukup penting untuk mengembalikan semula keyakinannya selepas baru pulih daripada kecederaan.
![Penghormatan besar pikul tugas kapten Penghormatan besar pikul tugas kapten](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370872385_295x200.jpg)
Penghormatan besar pikul tugas kapten
Aidil Zafuan Abdul Radzak dijangka diberi tugas sebagai kapten pada perlawanan menentang Chelsea pada Ahad.