Beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi final Kejohanan Badminton Master Orleans 2023 susulan kejayaan menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Lee Chia Hsin, sebentar tadi.

Bermula agak baik pada set pertama, dengan sesi kejar mengejar mata, gandingan negara itu berjaya mendahulu dengan  11-8 sebelum menerima tentang di penghujung set sebelum menoktahkan kemenangan 21-19.

Dalam set kedua, skrip hampir sama berlaku, ketinggalan 8-11 sebelum bangkit untuk mengejar mata demi mata sekaligus berjaya menang dengan mata 21-17. 
 



Aksi final kategori beregu campuran yang berlangsung di Palais des Sports, Orleans Tang Jie–Ee Wei turun ke gelanggang sebagai pilihan ketujuh kejohanan menampilkan aksi yang mengujakan berdepan wakil Taiwan, Hong Wei–Chia Hsin dalam tempoh hanya 35 minit. 

Untuk rekod, ini adalah kejayaan pertama mereka bagi kejohanan Super Series 300 sejak mereka digandingkan.