Jerman berdepan masalah besar menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang akan bermula Sabtu ini apabila pemain tengahnya, Marco Reus yang cedera pergelangan kaki disahkan tidak akan turun bermain.
Pemain berusia 25 tahun yang dikenali sebagai 'Rolls Reus' itu mengalami koyak kecil pada ligamen pergelangan kakinya tidak lama selepas separuh masa kedua dalam perlawanan persahabatan pesta gol melawan Armenia. Jerman menang 6-1 dalam perlawanan itu.
Reus terpaksa diusung keluar oleh pegawai perubatan dan dibawa ke hospital di Mainz. Dia kemudian menjalani imbasan yang menunjukkan keadaan sebenar kecederaannya.
"Marco sangat kecewa kerana terlepas Piala Dunia ini dan bagi kami ini satu tamparan," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
Loew menggantikan tempat Reus dengan pemain pertahanan tengah Shkodran Mustafi yang bermain dengan kelab Itali, Sampdoria.
Penarikan diri Reus ini satu tamparan hebat kerana dia sangat cemerlang sejak kebelakangan ini apabila menjaring lapan gol dan mencipta lima gol dalam sembilan perlawanan akhir musim Bundesliga.
Reus kini menyertai senarai bintang yang terpaksa melupakan Piala Dunia kali ini kerana kecederaan termasuk penyerang Colombia, Radamel Falcao; sayap Perancis, Franck Ribery serta pemain tengah Itali, Riccardo Montolivo.
Jerman diletakkan dalam Kumpulan G yang disifatkan sebagai kumpulan maut bersama Portugal, Ghana dan Amerika Syarikat.
Astro Awani
Sun Jun 08 2014
Marco Reus terpaksa lupakan Piala Dunia 2014
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.