KOBLENZ (Jerman): Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180 kilogram (kg) keju cheddar daripada sebuah lori terbalik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ini selepas sebuah mahkamah di negeri Rhineland-Palatinate menolak rayuan lelaki itu pada Selasa, mengekalkan sabitan bersalah ke atasnya.
Menurut mahkamah, anggota polis itu bertugas dengan polis lebuh raya dan sepatutnya mengawal tempat kejadian.
Dia telah memandu sebuah bas polis ke kawasan kontena lori yang rosak dan meminta pekerja syarikat penyelamat di situ untuk menyerahkan beberapa bungkusan keju kepadanya.
Dia mencuri sembilan bungkusan keju, setiap satu seberat 20 kg bernilai 554 euro (AS$594).
"Defendan membawa beberapa bungkusan ke pejabat," menurut kenyataan itu. Ia boleh diandaikan bahawa dia juga menyimpan beberapa bungkusan keju untuk dirinya serta untuk rakan-rakan dan saudara-maranya.
Dalam rayuannya, anggota polis itu menyatakan bahawa keju itu tidak bernilai dan dia hanya mahu menyelamatkannya daripada dimusnahkan. Dia sendiri langsung tidak makan keju cheddar.
Bagaimanapun, mahkamah mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan lelaki itu telah melakukan kecurian semasa bertugas dengan pakaian seragam dan senjata perkhidmatannya.
"Dengan kelakuan ini, defendan telah merosakkan reputasi pasukan polis negara," kata mahkamah.
Mahkamah menyatakan bahawa nilai keju itu tidak penting dan menjadi tanggungjawab pegawai untuk mencegah kecurian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Anggota polis terbabit mencuri sembilan bungkusan keju, setiap satu seberat 20 kg bernilai 554 euro (AS$594). - Gambar hiasan/Freepik
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jerman: Anggota polis curi 180 kg keju hilang kerja
Seorang anggota polis Jerman hilang pekerjaan selepas mencuri 180 kilogram (kg) keju cheddar daripada sebuah lori terbalik.