Di sebalik telah memastikan kelayakan ke peringkat kalah mati, Julian Nagelsmann menurunkan kesebelasan utama Jerman yang sama ketika mereka mengatasi Hungary 2-0.
Manuel Neuer turun selaku penjaga gol sementara empat pertahanan -- Maximilian Mittelstädt, Jonathan Tah, Antonio Rudiger dan Joshua Kimmich.
Toni Kroos mengetuai jentera tengah manakala gandingan emas, Florian Wirtz dan Jamal Musiala bertindak selaku pemain sokongan kepada Ilkay Gundogan dan Kai Havertz dipertanggungjawab sebagai penyerang utama.
Switzerland melakukan dua pertukaran daripada perlawanan sebelum ini, Fabian Rieder menggantikan Xherdan Shaqiri manakal Breel Embolo turun menggantikan Ruben Vargas.
Aksi separuh masa pertama di Frankfurt Arena berakhir dengan keputusan yang mengejutkan, Switzerland mendahului Jerman 1-0 selepas perlawanan melewati 45 minit.
Skuad kendalian Julian Nagelsmann didorong dengan sokongan ombak penyokong tuan rumah dan ia dipamerkan berdasarkan corak permainan yang ditampilkan.
Bagaimanapun jaringan terhasil buat Switzerland menerusi Dan Ndoye yang pantas menampan masuk hantaran Remo Freuler.
Jerman bagaimanapun mengekalkan corak permainan yang progresif namun gagal mencari jalan menembusi benteng akhir Switzerland.
Skrip sama bersambung dalam 45 minit berikutnya, Jerman bertali arus melancarkan serangan demi serangan bagi mendapatkan jaringan penyamaan.
Switzerland berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Ndoye, menggunakan situasi terdesak Jerman sebagai peluang mereka melancarkan serangan balas.
Namun VAR membatalkan apabila penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid.
Hasil kerja keras Jerman akhirnya memastikan mereka berjaya menamatkan saingan selaku juara kumpulan! Percaturan Nagelsmann membawa masuk Niclas Fullkrug berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-92.
Kemenangan ini menyaksikan mereka menamatkan saingan selaku juara kumpulan, dijangka bakal bertemu naib juara Kumpulan C.