NICLAS Fullkrug percaya Jerman sudah menunjukkan mereka mampu memenangi EURO 2024 menjelang perlawanan pusingan 16 bertemu Denmark awal pagi Ahad.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann menamatkan kempen Kumpulan A mereka dengan keputusan seri menentang Switzerland, dengan penyerang Borussia Dortmund, Fullkrug meledak lewat untuk mendapatkan tempat teratas.

Jerman menewaskan Scotland 5-1 dalam perlawanan pembukaan kejohanan sebelum menewaskan Hungary 2-0 di Stuttgart.

Dan Fullkrug yakin tuan rumah telah menunjukkan kualiti untuk memenangi gelaran.

"Jika anda mahu menjadi juara Eropah, anda perlu mengalahkan (pasukan) yang sangat bagus," kata Fullkrug.

"Saya rasa kami sudah menunjukkan kemampuan kami dalam kejohanan ini."

Ketua jurulatih Jerman, Nagelsmann boleh duduk dan menonton aksi untuk baki minggu ini tetapi tidak berminat untuk bersimpati kerana mempunyai hari tambahan untuk membuat persiapan bagi perlawanan peringkat kalah mati mereka bertemu Denmark.

“Kami mempunyai dua hari lagi untuk membuat persiapan, mungkin pihak lawan tidak begitu gembira mengenainya, semoga pasukan terbaik menang,” kata Nagelsmann.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro