Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh jurulatih La Roja itu dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Sepanyol, yang mengungguli Kumpulan B dengan mata maksimum merupakan satu-satunya wakil dalam edisi ini yang memenangi keempat-empat perlawanan, manakala Jerman mengumpul tujuh mata dalam Kumpulan A sebelum mengatasi Denmark 2-0 dalam pusingan 16.
Kedua-dua pasukan sedang memburu kejuaraan Eropah keempat dan pemenangnya dan menjulang piala Henri Delaunay itu pada 15 Julai depan.
Lantas, De la Fuente menikmati perlawanan ulangan final 2008 itu yang memihak La Roja 1-0 hasil jaringan tunggal Fernando Torres.
“Ia ibarat perlawanan akhir Kejohanan Eropah dan ia akan menjadi perlawanan akan menjadi sengit,” katanya kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan.
"Jerman sentiasa memulakan permainan dengan garang jadi jelas sekali kami perlu cuba mengatasinya. Kami akan cuba mengambil inisiatif dan berjuang habis-habisan sejak dari minit pertama lagi.
"Ini adalah pertemuan dua kuasa besar bola sepak Eropah dan perkara pertama yang saya berpesan kepada pasukan saya ialah, salah satu kekuatan hebat kami ialah kami sentiasa beraksi sebagai satu blok yang menghasilkan kerjasama yang kukuh. Dalam hal itu, kami dan Jerman sebenarnya agak serupa.
"Saya tidak akan menukar pemain saya dengan sesiapa sahaja di dunia. Bagi saya, pemain ini adalah yang terbaik di dunia. Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk turun berjuang memenangi perlawanan ini. Kami menggalas tanggungjawab besar dan kami sangat fokus."