KETUA jurulatih skuad B-19 tahun negara, Bojan Hodak, ditunjukkan jalan keluar oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak pengendali dari Croatia itu, hujung Julai ini.
Pemerhati sukan negara, Datuk Richard Scully, berasakan keputusan FAM itu wajar dihormati demi perkembangan bola sepak negara.
"Kita perlu menghormati keputusan FAM kerana mereka lebih arif mengenai apa yang diperlukan pada masa dan ketika ini.
"Apa yang penting adalah perjalanan dan perjuangan pasukan itu sendiri.
"Dalam sistem di mana-mana negara, jurulatih skuad B-17 akan menjadi pembantu kepada skuad B-18, jurulatih skuad B-18 akan menjadi pembantu kepada skuad B-19 dan begitulah kesinambungannya.
"Saya percaya kita tidak perlu menekan butang panik terhadap ketiadaan Bojan kerana ramai jurulatih sedia ada dalam sistem berkenaan.
"Kita tidak semestinya mengambil jurulatih baru dari luar kerana ia akan memakan masa," katanya.
Hodak dipercayai disingkirkan kerana pernah menyuarakan kritikan terbuka mengenai sistem pembangunan bola sepak di Malaysia.
Namun, FAM menafikan dakwaan itu dengan alasan keputusan itu dilakukan demi menerapkan falsafah baru dalam skuad pelapis kebangsaan.
Bagaimanapun, Richard mengambil pendekatan selamat dalam mengulas isu itu.
"Ia ibarat duit syiling yang mempunyai dua muka.
"Ia mungkin persepsi kerana ia telah berlaku dan umum boleh mengaitkannya dengan apa yang berlaku.
"Namun, berdasarkan konsep F:30, ia menerapkan falsafah bola sepak.
"Maknanya, inilah masanya untuk kita menjurus ke arah itu.
"Kita tidak boleh mengaitkan perkara lalu dengan apa yang sedang berlaku kerana ia mungkin sekadar persepsi," ujarnya.
Astro Arena
Thu May 30 2019
Kontrak Bojan Hodak tidak dilanjutkan oleh FAM. - Foto Stadium Astro.
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.
Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.
Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.
Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.
Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.
Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.
KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.