Juara Liga Super enam kali Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan besar, selepas diumumkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan Zon Timur Kumpulan G dan H, Liga Juara-Juara AFC 2020, pada ketika penularan pandemik COVID-19.
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberikan hak penganjuran untuk perlawanan Kumpulan G dan H, yang dijadualkan pada 17 Oktober hingga 1 November ini.
Selain itu, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Pusingan 16 pasukan, yang akan menyaksikan perlawanan bagi pasukan daripada kedua-dua kumpulan itu pada 4 November, dua perlawanan suku akhir pada 25 Nov dan satu perlawanan separuh akhir tiga hari kemudian.
Kesemua perlawanan pusingan kalah mati, dimainkan sekali sahaja, selain perlawanan akhir yang akan dijadualkan dimainkan di wilayah Barat, walaupun dalam perancangan awal, AFC menggunakan format perlawanan timbal balas, sebelum dibatalkan akibat pandemik di seluruh dunia pada Mac.
"Venue setempat untuk Kumpulan E dan F Liga Juara-Juara AFC dan juga perlawanan peringkat kalah mati yang lain, masih belum ditetapkan. Sebelum ini AFC telah mengumumkan Qatar sebagai venue setempat untuk kumpulan dan peringkat kalah mati bagi wilayah barat," menurut AFC dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan G terdiri daripada kelab dari Jepun Vissel Kobe, JDT, Guangzhou Evergrande FC (China) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), manakala satu lagi pasukan Jepun Yokohama F.Marinos, Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan Shanghai SIPG FC (China), berada di dalam Kumpulan H.
Bernama
Mon Jul 27 2020

Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan besar, selepas diumumkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan Zon Timur.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.