Pasukan Malaysia masih mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada menyertai perlawanan menentang Palestin dalam aksi Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Hebron jika keadaan tidak selamat, 24 jam sebelum pasukan negara tiba di Palestin.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jika pihaknya menerima berita mengenai sebarang serangan di kawasan laluan pasukan Malaysia, beliau akan bertindak memastikan Malaysia menarik diri daripada turun ke Stadium Dura, 12 Nov ini.
"Kita ada pegawai Kementerian Luar yang akan bekerjasama dengan penguasa tempatan untuk memantau dan menjaga keselamatan pemain. Sudah pasti kita akan ambil langkah berjaga-jaga, kita akan pantau keadaan pada setiap masa.
"Saya rasa yakin bahawa mereka (Harimau Malaya) boleh ke Palestin. Saya sudah berkomunikasi dengan Duta Palestin ke Malaysia dan beliau telah memberi jaminan keselamatan untuk pasukan kita ke Hebron," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2015 malam tadi.
Khairy berkata beliau juga telah berbincang mengenai hal keselamatan pemain Malaysia dengan pihak Kementerian Luar yang bertanggungjawab terhadap kawasan Timur Tengah.
"Saya sendiri telah menerima jaminan secara peribadi daripada Duta Palestin dan beliau sendiri akan mengiringi pasukan kita dari sempadan ke stadium.
"Beliau memaklumkan bahawa kerajaan Palestin akan memudahkan pasukan kita melalui check point yang di kawal oleh rejim Israel," kata Khairy.
Katanya, walaupun ada kebimbangan daripada pihak Wisma Putra dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri, namun jika rayuan kedua FAM tetap tidak diterima Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), beliau akan memaklumkan kepada FAM agar meneruskan perlawanan di Hebron.
Media melaporkan FAM bertindak menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA menerusi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Ahad, susulan kebimbangan tentang keadaan di kawasan bergolak itu.
Bernama
Wed Nov 04 2015
KHAIRY: Saya rasa yakin bahawa mereka (Harimau Malaya) boleh ke Palestin. - Gambar Fail
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.