Penasihat Yayasan Kota Bharu Care yang juga penganjur, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kedua-dua mereka sudah pun membuat pengesahan untuk menyertai acara itu baru-baru ini.
"Kali terakhir program larian sejauh 21.1 kilometer (km) itu diadakan pada 2017 dan kita harap penganjuran kali ini akan berjaya sekali gus merancakkan Tahun Melawat Kelantan 2024," katanya pada sidang media di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, hari ini.
KBHM 2024 yang bermula seawal 4 pagi di Padang Perdana Jalan Mahmood di sini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 21.1km (separuh maraton), 10km dan 5km (larian ria) dengan semua peserta akan menerima pingat. - BERNAMA