PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.
Menterinya Hannah Yeoh berkata ini berikutan perlumbaan berbasikal bertaraf antarabangsa itu akan berlangsung dalam tempoh hanya sebulan lagi iaitu dari 23 hingga 30 Sept ini.
Beliau memaklumkan walaupun menerima peruntukan daripada kerajaan untuk membantu penganjur, sokongan daripada syarikat korporat amat penting bagi memastikan penganjuran perlumbaan berbasikal antarabangsa itu berjalan lancar.
"Kita dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan penajaan (untuk LTdL) dengan beberapa syarikat dan kita dah tak banyak masa. Jadi, kita minta syarikat-syarikat ini cepat buat keputusan dalam membantu kita.
"Saya tidak mahu beri tarikh akhir bila mereka boleh beri jawapan sebab kalau masuk sehari sebelum LTdL (berlangsung), saya tetap akan terima sebab kita betul-betul perlukan tajaan," katanya selepas melancarkan pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) di sini pada Ahad.
LTdL 2023 akan melibatkan laluan di 11 negeri di Semenanjung kecuali Perlis dengan perlumbaan lapan peringkat, bermula di Kerteh, Terengganu dan berakhir di Kuala Lumpur.
Bulan lepas, Hannah memaklumkan pihaknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan LTdL 2023 berlangsung dalam suasana meriah menerusi peruntukan RM8 juta yang diluluskan Kabinet.
Sementara itu, Pengarah MPC Mohd Sayuti Mohd Zahit berkata pasukan baharu itu terdiri daripada beberapa bekas pelumba dan pegawai Sapura Cycling (TSC) iaitu kelab yang dibubarkan bulan lepas, ekoran kekurangan dana perbelanjaan, mampu merancakkan lagi industri sukan berbasikal negara.
"Kita kekalkan 70 peratus orang lama dan 30 peratus lagi kita akan tumpukan kepada bakat baharu. Buat masa ini kita sudah ada 10 pelumba tempatan, maksimum kita boleh pergi sehingga 16 pelumba.
"Kita dalam perancangan dapatkan pelumba import, tetapi itu selepas kelab didaftarkan dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai pasukan benua dan berkemungkinan mendaftar status itu pada Oktober nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

KBS menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin. - Foto fail

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.