Juara tinju Amerika Syarikat (AS) Pernell Whitaker maut selepas dilanggar kereta di Virginia, lapor agensi berita Xinhua memetik polis tempatan hari ini.

Menurut polis insiden berlaku pada Ahad dan menolak kemungkinan ia kejadian langgar lari. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Peninju berusia 55 tahun itu juga dikenali sebagai "Sweet Pea", seorang yang berbakat dan senantiasa mempamerkan aksi cemerlang ketika berada di gelanggang.

Beliau pernah meraih pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada 1984.

-- BERNAMA