PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan pemain yang baru ditandatangani pasukannya, Ibrahima Konate akan melakukan penampilan pertama dengan kelab itu tidak lama lagi.
Pertahanan Perancis itu tiba daripada RB Leipzig dengan tanda harga £36 juta (RM208.89 juta) sebagai pemain pertama yang dibeli Liverpool dalam jendela perpindahan kali ini.
Konate dipilih selepas Liverpool dihimpit dengan masalah kecederaan pertahanan tengah sepanjang musim 2020-21 melibatkan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip.
Pemain berusia 22 tahun itu dibawa menyertai kem latihan pramusim di Austria dan akan diturunkan dalam dua perlawanan mini 30 minit menentang Wacker Innsbruck dan VfB Stuttgart.
"Dia sudah mendapat rehat yang cukup, pramusim yang normal setakat ini, jadi dia boleh bermain Khamis ini," kata Klopp kepada liverpoolfc.com
"Buat Ibou, amat penting untuk dia segera mendapatkan minit, itulah tujuan pramusim.
"Semua orang di luar akan berkata terdapat persamaan di antara kami dan Leipzig, itu betul tetapi ada juga perbezaan dan persamaan itu penting tetapi perbezaannya lebih penting kerana anda dapat melihatnya di dalam latihan.
"Terdapat tabiat kecil yang biasa dilakukannya dan ia berbeza dengan apa yang kami biasa lakukan, jadi kami akan memperbaikinya tetapi ia bukanlah semudah itu kerana hanya tinggal enam hari lagi," katanya.
Liverpool seterusnya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang FSV Mainz dan Hertha Berlin, masing-masing pada 23 dan 29 Julai ini.
Astro Arena
Mon Jul 19 2021

Klopp sahkan Konate (gambar) akan buat penampilan pertama dengan Liverpool. -Twitter @Gerrard8FanPage

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.

Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.

EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.

UCL: Liverpool suka dalam duka
Skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan di puncak carta liga, dengan keputusan seri 2-2 Barcelona berdepan Atalanta.

Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Jaringan pemain sensasi The Reds, Mohamed Salah (m-34) dan pemain gantian Harvey Elliott (m-64) memadamkan gol Jonathan David (m-62).