Ketua jurulatih skuad Bawah-22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019, Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini.
Beliau berkata keputusan berat merehatkan penyerang muda itu dibuat, demi kebaikan pemain itu sendiri, yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan tahun ini bersama kelabnya, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya.
"Satu keputusan yang amat berat dan sukar untuk saya lakukan, tetapi demi kebaikan Safawi, di mana kita tahu beliau telah bermain begitu banyak perlawanan dengan kelab dan juga pasukan kebangsaan, termasuk mewakili pasukan B-22 pada awal tahun.
"Jadi untuk kebaikan semua, saya terpaksa memutuskan supaya Safawi berehat, di mana kita mempunyai jadual yang amat penting pada tahun hadapan. Saya berharap semua faham dengan apa yang saya lakukan, adalah untuk kepentingan semua pihak," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan itu di Arena MPSJ, Subang Jaya di sini, hari ini.
Berikutan itu, Kim Swee percaya ia akan membuka ruang kepada pemain lain untuk menonjolkan kebolehan mereka, untuk mengisi ruang yang ditinggalkan pemain berusia 22 tahun itu.
Dalam tempoh 11 hari yang ini sahaja, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu, telah beraksi dalam tiga perlawanan bersama skuad senior negara, di mana tiga jaringan Safawi membantu Malaysia menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan pada 9 Nov dan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam aksi menentang Thailand, di mana skuad Harimau Malaya menewaskan kuasa bola sepak Asia Tenggara itu 2-1 pada Khamis, lalu.
Sementara itu, seramai tujuh pemain - Adam Nor Azlin, Muhammad Syahmi Safari, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Muhammad Akhyar Rashid, Muhammad Daniel Amier Norhisham dan Muhammad Haziq Nadzli, telah menyertai latihan pasukan B-22 itu pada hari ini, selepas menyelesaikan tugas bersama skuad kebangsaan.
Kim Swee seterusnya mempunyai tugas berat untuk menilai prestasi semua pemain dan mencari kombinasi pemain yang terbaik, sebelum mengugurkan 12 pemain, untuk menamakan senarai 20 pemain terakhir, sebelum bertolak ke Manila, Sabtu ini.
Mengenai pemilihan Adam sebagai pemain lebih umur bersama-sama dengan Muhammad Irfan Zakaria, beliau berkata ia untuk mendapatkan kombinasi yang serasi, dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, sebelum membuka kempen Kumpulan A, menentang Myanmar pada Isnin.
"Dalam waktu yang amat singkat, agak sukar bagi saya untuk membentuk kombinasi, tetapi dengan kemasukan Adam, Irfan, Doominic dan Haziq, kita dapat kombinasi yang kita biasa lakukan, sejak dua tahun yang lalu.
"Dah tentu dalam masa dua tiga hari ini takkan sempurna, sudah tentu selepas perlawanan persahabatan esok (menentang kelab Australia) dan beberapa hari latihan, saya percaya mereka mampu mencapai keserasian terbaik," katanya.
Dalam pada itu, Adam, 23, yang bakal membuat penampilan ketiga di Sukan SEA sejak 2015 di Singapura, bertekad membawa pulang pingat emas temasya dwitahunan itu, selepas terpaksa berpuas hati dengan perak, pada edisi 2017 di Malaysia.
"Saya sedia bagi sepenuh komitmen saya dan membentuk kombinasi terbaik bersama pasukan ini, walaupun lebih 70 peratus pemain baharu. Ini merupakan peluang kedua bagi saya dan Irfan, untuk beraksi bersama pasukan ini, dan tak mustahil kita capai misi kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019

Safawi Rashid meraikan jaringan gol kemenangan Malaysia dalam menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia, Selasa malam. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.

JDT dahului pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT), menguasai senarai pencalonan bagi lima kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20).

Kim Swee tak senaraikan Safawi ke Sukan SEA
Ketua jurulatih skuad Bawah-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini.

Muhammad Safawi pemain paling bernilai ABK 2019
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Safawi, 22, berjaya mempertahankan gelaran dimenanginya pada edisi lepas, dengan rekod pemain paling muda memenangi anugerah MVP.

Kualiti trofi ABK dipertikai, MFL akui kesilapan dalam tempahan
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.

Tiga anugerah ABK bakar semangat Safawi bantu Malaysia hadapi Piala AFF
Muhammad Safawi menyifatkan tiga anugerah berkenaan menjadi motivasi terbaik untuk dirinya dalam terus membantu JDT mencapai kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Baddrol idam lebih banyak trofi bersama Kedah musim depan
Beliau tidak menyangka dapat meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Super selain Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2017.

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Juara Piala Malaysia 2014, Pahang berjaya dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan FAM hari ini.