Tiga anugerah dimenangi Muhammad Safawi Rasid pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018, malam tadi, membakar semangatnya untuk membantu skuad Harimau Malaya mencatat keputusan positif pada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), bermula Ahad ini.
Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui beliau tidak menyangka akan memenangi anugerah pemain paling bernilai, pemain tengah terbaik dan pemain muda harapan memandangkan dua calon lain dalam ketiga-tiga kategori berkenaan turut mempunyai kelebihan untuk memenangi anugerah berkenaan.
"Saya ingin berterima kasih kepada penyokong JDT, media, ketua jurulatih dan ketua pasukan (Liga Malaysia) yang memilih saya untuk memenangi anugerah pemain paling bernilai... terima kasih juga kepada ibu bapa saya dan (pemilik JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Bagi saya, kejayaan ini memberi lebih semangat kepada saya untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan pada Piala AFF nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.
Pada masa sama, Muhammad Safawi menyifatkan tiga anugerah berkenaan menjadi motivasi terbaik untuk dirinya dalam terus membantu JDT mencapai kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 menentang Kemboja di Stadium Olimpik Kemboja, Phnom Penh, Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018

Muhammad Safawi Rasid dinobatkan selaku pemain paling bernilai turut menggondol dua anugerah lain iaitu pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 malam tadi. --fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiga anugerah ABK bakar semangat Safawi bantu Malaysia hadapi Piala AFF
Muhammad Safawi menyifatkan tiga anugerah berkenaan menjadi motivasi terbaik untuk dirinya dalam terus membantu JDT mencapai kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.