Juara Piala Malaysia 2014, Pahang berjaya membolot lima daripada 13 anugerah yang dipertandingkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014 hari ini.
Penjaga gol skuad 'Tok Gajah', Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini, meraih kejayaan berganda selepas dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Pengendali pasukan Pahang, Zainal Abidin Hassan meraih anugerah Ketua Jurulatih Terbaik manakala kapten pasukan itu, Mohd Razman Roslan meraih anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.
Lebih manis, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) turut merangkul gelaran Persatuan Bola Sepak Terbaik berikutan kejayaan pasukan berkenaan muncul juara trebel iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.
Dalam pada itu, kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi dan pemain Terengganu, Mohd Nor Farhan Mohd masing-masing menggondol anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik bagi musim kedua berturut-turut.
Pemain yang mendapat jolokan 'Messi' Kedah, Muhammad Farhan Roslan meraih anugerah Pemain Muda Harapan selepas membantu skuad 'Helang Merah' mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
Penyerang import Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ali Ashfaq yang meledak 17 gol bagi membantu skuad 'The Cops' muncul juara saingan Liga Perdana 2014, dipilih sebagai Pemain Asing Terbaik.
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pula berjaya meraih anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menerima anugerah Fair Play.
Pada majlis itu, FAM memberikan pengiktrifan kepada skuad bola sepak negara yang berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran iaitu Anugerah Lagenda Harimau Malaya.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman ringan, F&N Beverages (M) Sdn Bhd bagi mengiktiraf sumbangan pemain bola sepak dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing dalam kancah bola sepak tempatan.
Keputusan anugerah berkenaan berdasarkan undian yang dijalankan para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Perdana yang mengundi calon yang layak.
Sementara itu, Mohd Khairul Azhan yang ditemui pemberita selepas majlis itu tidak menyangka dapat meraih kejayaan berganda kerana berpandangan calon lain lebih layak untuk memenanginya.
"Saya tidak dapat ungkapkan perasaan saya pada waktu ini tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan bapa, para pemain serta pengurusan pasukan Pahang," katanya.
Pemain kelahiran Batu 3, Kuantan itu yang terkenal dengan panggilan 'Yan' dalam kalangan rakan sepasukan mahu menjadikan kemenangannya itu sebagai pembakar semangat bagi membantu Pahang meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia 2015.
Senarai Pemenang Anugerah:
Pemain Paling Bernilai: Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Pertahanan Terbaik: Mohd Razman Roslan (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radhzi (Kelantan)
Penyerang Terbaik: Mohd Nor Farhan Mohd (Terengganu)
Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (Maldives, PDRM)
Pemain Muda Harapan: Muhammad Farhan Roslan (Kedah)
Jurulatih Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang)
Anugerah Fair Play: Terengganu
Persatuan Bola Sepak Terbaik: Pahang
Kelab Bola Sepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim (JDT)
Kelab Penyokong Terbaik: JDT
Anugerah Lagenda Harimau Malaya: Skuad Sukan Asia 1974 Tehran, Iran.
Bernama
Thu Nov 13 2014

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.

JDT dahului pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT), menguasai senarai pencalonan bagi lima kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20).

Kim Swee tak senaraikan Safawi ke Sukan SEA
Ketua jurulatih skuad Bawah-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini.

Muhammad Safawi pemain paling bernilai ABK 2019
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Safawi, 22, berjaya mempertahankan gelaran dimenanginya pada edisi lepas, dengan rekod pemain paling muda memenangi anugerah MVP.

Kualiti trofi ABK dipertikai, MFL akui kesilapan dalam tempahan
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.

Tiga anugerah ABK bakar semangat Safawi bantu Malaysia hadapi Piala AFF
Muhammad Safawi menyifatkan tiga anugerah berkenaan menjadi motivasi terbaik untuk dirinya dalam terus membantu JDT mencapai kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Baddrol idam lebih banyak trofi bersama Kedah musim depan
Beliau tidak menyangka dapat meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga Super selain Pemain Tengah Terbaik pada ABK 2017.

Pahang kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Juara Piala Malaysia 2014, Pahang berjaya dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan FAM hari ini.