KETIKA Malaysia berdepan masa sukar beraksi dalam kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, Palestin melakar sejarah apabila mereka menempah tempat ke pusingan ketiga buat pertama kali selepas seri tanpa jaringan menentang Lubnan di Doha.
Di sebalik negara yang berterusan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai pengganas Zionis di Gaza, Palestin berusaha untuk kekal fokus mencipta sejarah tahun ini dengan tampil buat kali pertama di peringkat kalah mati Piala Asia.
Dalam saingan kelayakan Piala Dunia, mereka hanya memerlukan satu mata daripada aksi bertemu Lubnan untuk mara dari Kumpulan I, dan mereka berjaya memperolehnya walaupun berdepan tentangan hebat.
Ia juga adalah kali keempat berturut-turut Palestin layak ke Piala Asia, yang akan dianjurkan di Arab Saudi pada tahun 2027.