KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara Bawah-23 (B-23) sekali lagi tidak bernasib baik apabila penyerang Shafi Azswad Sapari, yang dikerah untuk menggantikan seorang pemain yang disahkan positif COVID-19, turut dijangkiti virus itu.
Menjelang perlawanan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 menentang Myanmar hari ini, ketua jurulatih Brad Maloney mengesahkan bahawa ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu, semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Ahad didapati positif.
"Ujian PCR sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah negatif, tetapi beliau disahkan positif menerusi satu ujian ketika tiba di sini.
"Pendaftaran (pemain) telah ditutup pada Ahad, jadi kami terpaksa meneruskan kempen dengan 27 pemain," katanya dalam sidang media maya dari ibu negara Kemboja itu, pada Isnin.
Maloney berkata menurut prosedur COVID-19 di Kemboja, seseorang pemain perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari dan hanya akan dilepaskan untuk menyertai pasukan selepas 48 jam disahkan negatif dalam ujian PCR kedua.
Shafi Azswad dipanggil untuk menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang didapati positif COVID-19 semasa ketibaan pasukan negara di Phnom Penh, Jumaat lepas.
Sebelum ini, Maloney terpaksa menggugurkan Muhammad Safwan Mazlan selepas pemain berkenaan dijangkiti virus itu ketika kem latihan berpusat di Petaling Jaya.
Sementara itu, Maloney telah memilih Mohd Aiman Afif Md Afizul untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan dalam perlawanan Kumpulan B bertemu Myanmar hari ini dan Laos Jumaat ini.
"Beliau telah bersama saya sejak hari pertama pada 2019, orang pertama yang menjaga kumpulan ini kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada setiap pasukan yang kami pilih dalam kejohanan ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Aiman Afif berkata ia adalah tanggungjawabnya bagi memastikan komunikasi antara anggota pasukan dan jurulatih sentiasa baik.
"Bagi saya setiap perlawanan yang kita hadapi kita perlu beri 100 peratus dan kita tidak boleh ambil mudah dengan mana-mana lawan. Jadi semua pemain perlu beri yang terbaik untuk Selasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022

Sebelum ini, Maloney terpaksa menggugurkan Muhammad Safwan Mazlan selepas pemain berkenaan dijangkiti virus itu ketika kem latihan berpusat di Petaling Jaya. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.

Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres
Anak buah Juan Torres Garrido sedia berdepan Uzbekistan yang merupakan pasukan pilihan untuk kempen kali ini.

Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.

SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky
Ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong jelas menjadi titik tolak untuk China merampas gelaran tersebut.

Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak
Masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu.

Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.

Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023
Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain.

Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris
Pasukan-pasukan lain dalam saingan kali ini terdiri daripada Pakistan, Kanada, Chile dan China yang mungkin berhadapan skuad Speedy Tigers.

Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.