KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain, dalam mengharungi kempen Piala Asia 2023 selepas kejayaan mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan 100 terbaik dunia, Syria dalam aksi persahabatan, semalam.
Pemain berusia 32 tahun itu mengakui, keputusan berkenaan memberi lonjakan motivasi serta keyakinan diri yang tinggi kepada barisan pemain negara, untuk berjuang berhabis-habisan pada aksi pertama menentang Jordan pada 16 Jan ini.
"Mereka (Syria - berkedudukan ke-91) duduk lebih baik dari Malaysia (130) tetapi saya rasa kami telah tunjukkan walaupun kedudukan jauh, tetapi kita boleh saingi tahap itu dan dengan itu lebih yakin untuk berhadapan Jordan.
"Ia (perlawanan persahabatan) juga bagus untuk kami dapatkan minit permainan pada kami dan sediakan kami untuk perlawanan pertama untuk saingi kecergasan dan uji taktik yang kami sedang usahakan," katanya menerusi klip audio yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Pemain kacukan Malaysia-England itu berkata pemilihan pemain hampir sama oleh pengendali Kim Pan Gon pada mana-mana kejohanan sebelum ini, memberi impak positif kepada pasukan apabila mereka mempunyai persefahaman yang tinggi antara satu sama lain.
"Ia (berada dalam pasukan kebangsaan) dikira sebagai pemain terbaik negara, jadi tentunya arasnya sentiasa meningkat dan latihan berintensiti, semua mahu buktikan sesuatu. Dan ini pemain terbaik dari setiap negeri, jadi tentunya arasnya tinggi, jadi ia satu ujian yang bagus," katanya.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan pada kejohanan di Doha, Qatar itu.
Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007.
Malaysia tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam Piala Asia, pada tiga edisi sebelum ini.
Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Daniel Ting berkata pemilihan pemain hampir sama oleh pengendali Kim Pan Gon pada mana-mana kejohanan sebelum ini, memberi impak positif kepada pasukan apabila mereka mempunyai persefahaman yang tinggi. - FB Football Association of Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menentang Oman, Daniel ambil inspirasi pertemuan dengan Korea Selatan
Harimau Malaya mungkin kelihatan kurang bersedia berbanding Oman, tetapi Daniel berkata, semangat kuat pemain boleh menjadi kunci penentu.

Daniel Ting sah kembali ke pangkuan JDT
Bekas pertahanan KL City, Daniel Ting, telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru juara Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT).

JDT bakal pinjam dua pemain kepada Negeri Sembilan
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bakal meminjamkan dua pemain berdarah campuran yang akan menandatangani kontrak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada pasukan Negeri Sembilan.