PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus membangunkan infrastruktur e-sukan yang diperlukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, perkara itu sememangnya ada dalam Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 selain daripada penganjuran aktiviti dan pertandingan.
Katanya, e-sukan adalah industri yang sedang berkembang dan mampu memberikan impak ekonomi besar dengan jumlah penonton mencecah 435 juta di seluruh dunia.
"E-Sukan juga adalah perniagaan berjuta dolar dengan industri e-sukan saja pada 2022 dijangka menjana AS$1.6 bilion," katanya ketika ditemui selepas sidang media kejohanan ESL One 2022 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ti berkata keupayaan Malaysia menganjurkan kejohanan ESL One yang mengumpulkan 12 pasukan terbaik seluruh dunia memberi petanda positif tentang potensi Malaysia untuk terus dipilih menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf antarabangsa pada masa depan.
"Kita boleh lihat kepada kejohanan ESL One kali ini, jualan tiket habis sepenuhnya dengan lebih 4,000 sudah terjual. Malah, jumlah tontonan dijangka sekitar 15 juta memandangkan pasukan bertanding mempunyai saiz peminat yang besar," katanya.
Sebanyak 12 pasukan bertanding pada kejohanan ESL One 2022 yang akan berlangsung di Resorts World di Genting Highlands dari 23 hingga 28 Ogos ini antaranya Team Secret, OG, Fnatic, Alliance, Team Liquid, Nigma Galaxy, Entity, Team Aster, Boom Esports, Talon Esports, TSM FTX dan Thunder Awaken.
Mereka akan bersaing dalam permainan video Dota 2 untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah AS$400,000 (RM1.78 juta).
Sebagai rekod, kejohanan ESL One 2022 adalah edisi ketiga dianjurkan di Genting Highlands selepas mendapat sambutan hangat pada 2017 dan 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Perkara itu sememangnya ada dalam Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 selain daripada penganjuran aktiviti dan pertandingan. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
Selangor Red Giants pertahan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2.
Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan
Peruntukan RM20 juta menerusi Belanjawan 2025 dijangka dapat memperkasakan lagi pembangunan e-sukan secara menyeluruh termasuk menjayakan pembinaan sebuah stadium khusus untuk sukan itu.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia
Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan.
'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
SRG tamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia dengan muncul juara pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.
SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB
Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.
PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.