JOSE Mourinho berkata Harry Kane tidak akan kembali beraksi buat Tottenham Hotspur hingga penghujung Mei depan, situasi yang pasti menjadi tamparan buat pasukan kelab dan negara pemain itu.
Penyerang Spurs berkenaan dilanda kecederaan paha ketika pasukannya tewas kepada Southampton pada malam tahun baru lalu dan terpaksa menjalani pembedahan.
Pada awalnya, Kane dijangka akan diketepikan hingga April ini memandangkan pemain berusia 26 tahun itu sudah memulakan proses pemulihannya.
Bagaimanapun, Mourinho tidak yakin dengan prognosis itu dengan berkata dia tidak menjangkakan kapten England itu akan dapat kembali bermain sebelum 9 atau 10 Mei depan dengan Spurs akan bertemu Leicester City dalam perlawanan kedua terakhir musim ini sebelum bertemu Crystal Palace pada 17 Mei depan.
"Mungkin kami memerlukan perlawanan itu untuk sesuatu.
"Untuk berada di tangga keempat, kelima atau keenam.
"Mungkin dia akan dapat membantu kami dalam perlawanan itu. Saya harap begitu.
"Adakah itu senario terbaik buat ketika ini? Ya, saya rasa begitu," katanya.
Jika ramalan Mourinho itu benar, ia bermakna Kane dapat ditampilkan dalam dua perlawanan liga sebelum menyertai skuad England kendalian Gareth Southgate dalam Euro 2020.
England akan mengadakan dua perlawanan persahabatan Jun depan -- menentang Austria dan Romania -- sebelum bertemu Croatia dalam perlawanan pembukaan Euro pada 14 Jun depan.
Namun, isu itu bukan masalah Mourinho.
"Itu masalah Southgate dan (penolong pengurus England) Steve Holland, bukan saya.
"Bagaimana perasaan saya jika saya pengurus England?
"Saya tidak tahu. Saya bukan (pengurus England)," tambahnya.
Astro Arena
Wed Feb 05 2020
Harry Kane dan Jose Mourinho meraikan kemenangan selepas perlawanan Liga Juara-juara antara Tottenham Hotspur dan Olympiacos di Tottenham Hotspur Stadium, London, Britain, 26 Nov, 2019. REUTERS/Fail
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
16 dirawat di hospital selepas kebakaran roda Ferris di Leipzig
Enam belas orang yang cedera selepas sebuah roda Ferris terbakar di sebuah festival di Leipzig telah menerima rawatan di hospital.
Suspek serang dua wanita di surau di Kelana Jaya dituduh Isnin ini - Polis
Seorang lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama di Kelana Jaya akan dituduh Isnin.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
[TERKINI] Aaron-Wooi Yik cedera, sah tarik diri Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua remaja lelaki cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas
Seorang pegawai bomba cedera selepas terjatuh dalam air bercampur minyak panas ketika operasi memadam kebakaran di Kuantan.
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.