Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 malam.
Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ke lokasi dan mendapati pokok tersebut telah tumbang merintangi jalan.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati benar sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap seorang mangsa yang menaiki motosikal.
"Mangsa cedera di bahagian kepala dan belakang badan, ketua operasi mengarahkan anggota memotong pokok tersebut sehingga selesai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.
Operasi diketuai PBK II Muhammad Shahril Shaharuddin itu tamat jam 12.38 tengah malam.