MADRID: Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu di Pamplona, Sepanyol, dengan seorang mengalami kecederaan kepala dan lima lagi lebam.
  • Acara larian lembu berlangsung dari 7 hingga 14 Julai, di mana peserta mengejar enam ekor lembu jantan melalui lorong sempit sejauh 875 meter ke arena.
  • Sejak 1924, terdapat 16 kematian akibat acara ini, namun festival ini terus menarik ribuan pelawat dari seluruh dunia meskipun dikritik oleh aktivis hak haiwan.


Seorang mangsa mengalami kecederaan di kepala, manakala lima yang lain mengalami lebam, kata jurucakap perkhidmatan kesihatan tempatan kepada penyiar awam RTVE.

Beberapa mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

Bermula 7 hingga 14 Julai, ratusan orang akan mengejar enam ekor lembu jantan dan ada di antaranya seberat lebih 600 kilogram, melalui lorong-lorong sempit Pamplona sejauh 875 meter menuju ke arena.

Lembu-lembu itu kemudiannya dikurung di gelanggang sebelum diletakkan bersama matador untuk pertarungan.

Sejak 1924, terdapat 16 kematian dan yang kali terakhir pada 2009.

Aktivis hak haiwan menyifatkan acara larian lembu ini sebagai "kekejaman zaman pertengahan".

Namun begitu, festival ini terus menarik ribuan pelawat dari seluruh dunia.

-- BERNAMA