TOKYO: Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang, lapor penyiar NHK, menurut Sputnik.

Tiga daripada lima orang yang hilang semasa tanah runtuh di Wilayah Aichi disahkan mati dengan dua lagi mengalami kecederaan. Seorang lagi dilaporkan maut di Bandar Kamiita Pulau Shikoku.

Taufan Shanshan tiba di darat kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan (23:00 GMT Rabu) di pesisir pantai Wilayah Kagoshima di Pulau Kyusu, berhampiran Bandar Satsumasendai.

Di Bandar Raya Hiratsuka, air mencecah pintu kereta. Hampir 31,000 isi rumah di Pulau Kyusu kini tiada bekalan elektrik.

Taufan itu telah menyebabkan perkhidmatan kereta api Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya digantung pada Sabtu dengan beberapa lebuh raya ditutup.

-- BERNAMA