Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengadakan perbincangan dengan semua pemain dan bekas pemain pasukan itu berhubung isu pembayaran gaji dalam situasi kantung kewangan persatuan terbabit kritikal ketika ini.
Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman, berkata perbincangan itu untuk penjadualan semula hutang supaya lebih fleksibel dari segi masa dan jumlah hutang yang ditanggung oleh Kafa.
"Jika persetujuan dicapai dalam perbincangan itu, isu hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan timbul.
"Sebelum ini Kafa telah mencapai kesepakatan dengan pemain melalui kaedah pengurangan jumlah bayaran dan tempoh pembayaran dalam ansuran kepada pemain," katanya kepada Bernama, di sini, pada Rabu.
Akhbar hari ini melaporkan Kafa mempunyai masa tidak sampai sebulan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan mereka bagi mengelak hukuman daripada FAM.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan Kafa perlu memastikan tiada masalah pembayaran tunggakan gaji seperti dipersetujui antara pihak terbabit dan pemain atau pegawai pasukan sebelum 30 Jun ini dan sekiranya gagal tindakan pemotongan mata akan dikenakan.
Husin berkata tuntutan hutang bekas pemain import Kelantan, Cassio Francisco de Jesus dan Bruno Lopez hampir RM800,000 yang perlu dibayar oleh persatuan terbabit kepada kedua-dua pemain yang mana tuntutan itu telah dibawa ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Dalam isu ini kami masih dalam rundingan dan rayuan kepada kedua-dua pemain serta FIFA," katanya sambil menambah pihaknya belum mendapat jumlah hutang pemain tempatan dari Team Red Warriors Sdn Bhd, syarikat yang mengurus pasukan Kelantan ketika ini.
Justeru, katanya, KAFA mengharapkan FAM memberi lebih ruang dan masa kepada persatuan untuk menyelesaikan masalah hutang ini dalam keadaan kesukaran untuk mendapatkan sumber kewangan, Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan, ekonomi perniagaan penaja juga terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 03 2020

Husin berkata perbincangan itu untuk penjadualan semula hutang supaya lebih fleksibel. - Stadium Astro

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Nottingham Forest barakan sensasi gaya retro memukau di EPL
Biarpun kurang memukau dari segi estetika, kecekapan adalah kunci utama Espirito Santo dalam mengemudi kelab dengan bajet kecil seperti Forest.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.