HANGZHOU: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal mewakili Kerajaan Malaysia untuk menyaksikan pembukaan rasmi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Sabtu, yang diadakan di negeri yang mempunyai populasi terpadat di negeri Zheijiang itu.
Terdahulu, beliau dan isteri, Puan Sri Noraini Mohd, menghadiri Jamuan Sambutan Majlis Perasmian Sukan Asia ke-19 Hangzhouyang yang dihoskan oleh Presiden China, Xi Jinping.
Johari dalam satu kenyataan susulan, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaannya kepada Kerajaan China yang telah mengadakan sambutan yang bermakna dan rapi, dan menganggap kehadiran beliau dalam sambutan tersebut merupakan sebuah penghormatan besar yang diberikan kepada Parlimen Malaysia dan Malaysia khususnya.
“Sebagai satu-satunya wakil legislatif yang dijemput untuk menghadiri jamuan ini, saya berbesar hati bertemu dengan Presiden Xi serta pemimpin-pemimpin negara lain dalam membincangkan kerjasama serantau yang erat .
"Sambutan ini merupakan peluang terbaik membangun Abad Asia agar keterangkuman sosial dan kemampanan dicapai. Malaysia dan China tetap komited dalam usaha membuka ruang kerjasama pelbagai hala demi manfaat bersama rakyat Malaysia-China-ASEAN,” katanya lagi.
Turut menyertai jamuan itu antara lain Putera Mahkota Kuwait, Putera Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Syria, Bashar Al-Assad; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo; dan Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal.
Terdahulu Xi dalam ucapannya berkata, Asia berjaya mengekalkan kestabilan secara keseluruhan, serta perkembangan ekonomi yang pantas dan mampan sejak beberapa dekad ini.
“Sukan Asia ini telah menjadi saksi, menjadi peserta, dan menjadi penyumbang kepada ‘Keajaiban Asia’.
China mengotakan janjinya dan tidak bersikap lewa dalam membuat persiapan penganjuran Sukan Asia ke-19 ini.
“China akan menganjurkan satu acara yang cukup gemilang, yang akan bercirikan masyarakat dan tamadun Cina, serta membawa keunikan Asia itu sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu Xi menggesa semua pihak untuk bersama-sama menjadikan sukan sebagai salah satu platform keamanan, dan menjadikan Asia sebagai peneraju dalam keamanan dunia, di samping menyeru negara Asia untuk mengamalkan semangat kejiranan yang baik demi kebaikan bersama, dan menolak mentaliti ‘Cold War’ serta konfrontasi.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, Johari bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 23 September ini.
BACA: Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Pejabat Parlimen Malaysia berkata, Johari akan ke Hangzhou untuk mengadakan pertemuan pelbagai hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping selain menghadiri Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.
Lawatan sulung beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke negara itu diadakan atas undangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China (NPC), Zhao Leji susulan pertemuan dua hala pemimpin-pemimpin legislatif itu pada 18 Mei lepas di Parlimen Malaysia.
Di Beijing, Johari akan menyampaikan syarahan umum “ASEAN dalam Abad Asia” kepada penuntut-penuntut Universiti Tsinghua untuk membincangkan peranan Malaysia yang bakal mempengerusikan ASEAN pada 2025 demi memperluaskan kepentingan rantau ASEAN.
Peralihan kepimpinan ASEAN tersebut, menurut kenyataan itu lagi, merupakan peluang yang strategik dalam membentuk hubungan ASEAN-China dalam Abad Asia.
Selain itu Parlimen Malaysia berkata, Johari turut dijadualkan akan melawat syarikat-syarikat gergasi China dalam bidang kecerdasan buatan, tenaga boleh baharu dan keterjaminan makanan.
Firdaus Azil
Sat Sep 23 2023

Johari berkata, kehadiran beliau dalam sambutan oleh Presiden Xi Jinping tersebut merupakan sebuah penghormatan besar yang diberikan kepada Parlimen Malaysia dan Malaysia khususnya. - Foto Kerajaan Republik Rakyat China

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.

Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.

Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.

Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.