PETALING JAYA: 'Demi Lencana Di Dada' menjadi tema jersi baharu pasukan bola sepak kebangsaan musim 2022-2024 yang dilancarkan Nike Malaysia hari ini kira-kira sebulan sebelum kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dijadual bermula pada 20 Dis ini.
Jersi utama atau home, kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar berwarna hitam manakala jersi kedua atau away juga mengekalkan warna hitam sebagai warna utama di samping memiliki corak belang Harimau Malaya.
Tiga pemain negara iaitu Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed masing-masing kelihatan segak menggayakan ketiga-tiga rekaan baharu jersi pasukan negara termasuk set penjaga gol pada majlis pelancaran di sini.
Majlis tersebut disempurnakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara dan India, Chris Madsen.
"Jersi home kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.
"Inilah sebenarnya naratif yang cuba disampaikan iaitu segala fokus pada jersi home kali ini bukan kepada corak atau reka bentuknya tetapi tertumpu kepada sifat eksklusif logo FAM itu sendiri untuk membawa mesej mereka (pemain) bermain 'Demi Lencana Di Dada'," kata Hamidin.
Beliau berharap jersi baharu itu dapat memberikan semangat kepada para pemain negara ketika beraksi di kejohanan Piala AFF akan datang dan pertandingan berprestij, Piala Asia 2023 di Qatar.
Jersi baharu itu turut akan digunakan kesemua pasukan kebangsaan yang lain termasuk skuad wanita, remaja, futsal dan bola sepak pantai.
Sementara itu, Madsen berkata: Untuk jersi edisi 2022-2024 ini, kami mengekalkan penggunaan dua warna simbolik Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning kerana kedua-dua warna itu bukan warna biasa. Ia adalah warna jiwa untuk pahlawan - pahlawan Harimau Malaya."
Kedua-dua jersi baharu itu yang masing-masing dijual pada harga RM299 sehelai boleh didapati secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App bermula hari ini.
Ia disusuli penjualan secara menyeluruh di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic seluruh negara serta di www.al-ikhsan.com bermula 24 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon (tiga, kanan) bergambar selepas Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan di Football Republic hari ini. - Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan
Jersi rasmi utama dan 'away' Harimau Malaya, seperti kebiasaan, direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, melambangkan kebanggaan dan daya tahan.

JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.

JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.

Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.

Jersi baharu Young Tigers kekal identiti kuning hitam
Subahan berkata jersi yang direka khas oleh KHM itu mengekalkan identiti kuning dan hitam sebagai simbolik kepada skuad Malaysia.

JDT lancar jersi baharu musim 2023
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Yang Dipertua Negeri Melaka terima jersi skuad Harimau Malaya
Ia sebagai tanda penghargaan FAM kepada Mohd Ali yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap bola sepak negara.

Jersi baharu Harimau Malaya bertema 'Demi Lencana Di Dada'
Jersi utama atau home, kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar berwarna hitam.

Melaka United sasar satu piala musim 2022
Sasaran itu dibuat berdasarkan keyakinan beliau terhadap barisan pemain kendalian ketua jurulatih Risto Vidakovic.

MUFC lancar jersi baharu musim 2021
Majlis pelancaran diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP PKPB yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.