MELAKA: Melaka United Football Club (MUFC) semalam melancarkan jersi baharu membabitkan aksi di laman sendiri dan tempat lawan bagi saingan musim 2021 menjelang sepak mula Liga Super 5 Mac ini.
Buat julung kalinya, majlis pelancaran itu diadakan secara dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.
Bagi musim ini, pasukan Hang Tuah meneruskan kerjasama dengan pengeluar jenama sukan tempatan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd buat tahun kedua dengan mengekalkan warna tradisi skuad Sang Kancil iaitu hijau muda sebagai warna rasmi jersi tuan rumah.
Bagaimanapun, jersi MUFC bagi aksi di tempat lawan pada musim ini menampilkan kelainan dengan pemilihan warna kelabu manakala jersi ketiga akan dilancar sekitar April depan.
Pelancaran jersi itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika waktu rehat separuh masa pertama perlawanan pramusim MUFC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
Hadir sama Ketua Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Sementara itu, Sulaiman yang juga Presiden MUSA, berkata beliau menaruh kepercayaan kepada skuad kendalian ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan, untuk melakar sesuatu yang membanggakan musim ini.
"Kita berharap pemain akan berusaha dengan gigih sehingga mampu mencapai kejayaan pada musim ini.
"Saya juga memohon semua pihak untuk mendoakan agar pandemik COVID-19 dapat dihapuskan segera bagi membolehkan penyokong dapat kembali ke stadium memberikan sokongan padu buat pasukan sekali gus mengembalikan kemeriahan bola sepak Malaysia seperti tahun-tahun yang lalu," katanya.
MUFC bakal bertemu Sabah di laman sendiri pada 6 Mac depan bagi perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Hang Tuah dalam saingan Liga Super.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Sulaiman (kiri) menunjukkan jersi baharu pasukan MUFC pada majlis pelancarannya, di Stadium Hang Jebat, Melaka, 28 Feb, 2021. --fotoBERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya
FAM memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.

EURO 2024: Mengapa jersi Jerman bukan hitam, merah atau kuning?
Bendera Jerman terdiri daripada warna merah, kuning dan hitam - jadi mengapa jersi utama mereka berwarna putih dalam bola sepak antarabangsa?

Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga AS$9.28 juta
Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby's.

Dapatkah penjualan jersi PSG bayar gaji Lionel Messi?
Lebih sejuta jersi PSG dijual dalam tempoh seminggu, langsaikah gaji Messi?

Kaki Jersi, jenama tempatan warnai Liga-M
Kerjasama bersama pasukan Liga Super Perak FC dan wakil Liga Premier Negeri Sembilan FC disifatkan sebagai permulaan terbaik dalam usaha mengangkat martabat jenama tempatan.

Perak FC perkenal jersi baharu tajaan syarikat tempatan
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).

MUFC lancar jersi baharu musim 2021
Majlis pelancaran diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP PKPB yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.

Bandar Naples masih lagi bersedih atas pemergian Maradona - Insigne
Napoli mempergayakan jersi bertemakan Maradona - jalur biru muda dan putih - ketika mereka meraih kemenangan terbesar ke atas Roma dalam saingan Serie A.

Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk
Ia memberi isyarat bahawa Luqman Hakim berpeluang memainkan peranan besar di sana sambil Kortrijk menawarkan dua helai jersi untuk direbut peminat.