JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.

Pemenang gelaran 'quadruple' musim lalu, JDT memuat naik video baru di laman sosial bagi memperkenalkan jersi baharu untuk penjaga gol pasukan mengharungi musim 2024/2025.

Syihan Hazmi Mohamed serta Farizal Marlias dijangka diturunkan sebagai taruhan utama sementara kehadiran seorang pemain yang 'bertopeng' dalam video tersebut mencetus tanda tanya.




*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro