MELAKA: Melaka United menyasarkan untuk memenangi sekurangnya satu piala musim depan selain menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Super musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) Datuk Seri Justin Lim Hwa Tat berkata sasaran itu berdasarkan keyakinannya terhadap barisan pemain kendalian ketua jurulatih Risto Vidakovic.
"Saya yakin dengan kemampuan mereka yang dipilih oleh Vidakovic dan mereka adalah pemain profesional, pastinya dapat menyesuaikan diri dengan latihan walaupun terdapat kekangan masa.
"Dengan segala usaha yang dilakukan ini kita juga turut mengharapkan sokongan daripada para penyokong Melaka United untuk bersama merealisasikan hasrat ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau mengiringi Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan pelancaran jersi baharu pasukan bagi musim 2022 di Stadium Hang Jebat.
Pada majlis itu Melaka United melancarkan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport iaitu mengekalkan warna tradisi pasukan iaitu hijau gelap, yang digabungkan warna hijau muda di bahagian lengan bagi jersi di halaman sendiri manakala jersi di tempat lawan menggunakan corak warna merah terang selain tiga jersi penjaga gol.
Pada pelancaran itu juga Melaka United turut mengumumkan senarai pemain yang bakal membawa cabaran pasukan bagi musim 2022 iaitu seramai 27 pemain membabitkan 16 pemain baharu serta 11 pemain musim lalu.
Skuad Sang Kancil juga memperkuatkan pasukan dengan membawa tiga import baharu termasuk bekas penyerang Melaka United musim 2018 Ifedayo Olusegun, pemain sayap dari Ghana Emmanuel Oti Essigba dan Pertahanan Kebangsaan Filipina Justin Baas.
Dua import musim lalu iaitu Sony Norde (Haiti) dan Adriano Naarcizo (Brazil) dikekalkan, bagi membawa cabaran Skuad Hang Tuah menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.
Turut berlangsung perlawanan Persahabatan Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2022 antara Melaka United FC dan Selangor FC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Mohd Ali (tengah) menerima jersi daripada Justin Lim sempena menyempurnakan pelancaran jersi baharu Melaka United bagi Musim 2022 di Stadium Hang Jebat malam tadi. --fotoBERNAMA
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
MUSA akan pastikan Melaka United dapat guna logo baharunya secara sah
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan.
Selesaikan kemelut kewangan MUSA antara fokus Presiden baharu
Kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United
Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.
Persiapan Melaka United pada tahap 99 peratus
Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini.
Usah terlalu gopoh dalam Liga Super - Amri Yahyah
Amri Yahyah mahu skuad Melaka United tampil lebih tenang untuk menghadapi cabaran Liga Super 2017 kerana ada yang masih kurang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.