Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan persatuan itu secara sah.
Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, berdasarkan semakan awal, logo pokok Melaka yang dipertikai beberapa pihak, masih belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di negara ini.
"Pemilihan logo baharu Melaka United adalah berdasarkan lambang pokok Melaka yang dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka, yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.
"Oleh itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu itu dan hanya selepas ia diluluskan, barulah ia diguna pakai," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Sebelum ini, logo baharu Melaka United mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk di Facebook Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia iaitu HarimauMalaya, ekoran ia didakwa sama dengan logo di laman web Pinterest di bawah kategori 'tree graphic' sebaik ia dilancarkan.
Sebuah portal digital media semalam, turut mendakwa logo baharu Melaka United itu adalah 90 peratus sama dengan logo sebuah syarikat Bare Blends dari Australia, yang digunakan sejak 2015.
Bernama sebelum ini melaporkan logo baharu itu direka oleh penyokong Melaka United Mohd Asri Ab Aziz, berasal dari Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah yang terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United, yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.
Logo yang dilancarkan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam itu, menampilkan rekaan bulat dengan mengekalkan identiti pokok Melaka, dan gabungan ciri-ciri logo bola sepak Melaka dari dahulu hingga kini, yang penuh dengan keunikan sejarahnya.
Ikon manusia pada pokok itu melambangkan rakyat Melaka yang bersatu padu dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan negeri ini, dengan warna-warna hijau dan putih dikekalkan sebagai warna rasmi Melaka United.
Melaka United memperkenalkan logo baharu skuad Sang Kancil itu dalam usaha merancakkan persediaan bagi pertukaran status ke kelab bola sepak (FC) dan penswastaan pasukan musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Logo baharu itu direka oleh penyokong Melaka United Mohd Asri Ab Aziz, berasal dari Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah. -Bernama
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
PKNS lantik Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Mahmud akan menggantikan Siti Zubaidah Abd Jabar yang telah bersara pada 10 Ogos lalu.
Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu berkuat kuasa 6 Sept
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.
ESCAPE Cameron Highlands dijangka hidupkan semula industri pelancongan domestik Malaysia
Projek ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group.
Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi esok - Wee
Hasrat penduduk Mukah untuk melihat kemajuan berterusan di bandar nelayan itu bakal tertunai apabila lapangan terbang baharu yang dibina pada 2017 akan mula beroperasi secara rasmi esok.
Zamani Ahmad dilantik Datuk Bandar Shah Alam kesembilan
Zamani Ahmad menggantikan Datuk Haris Kasim, yang kini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Varian kacukan UK - India dikesan, lebih bahaya - Dr Noor Hisham
Setakat ini empat varian baharu dikenal pasti di Malaysia iaitu varian United Kingdom, India, Brazil dan Afrika Selatan.
Statistik melonjak, Malaysia rekod 2,875 kes baharu COVID-19, Kelantan paling tinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import.
COVID-19: 1,638 kes baharu, Perak catat angka tertinggi
Sebanyak 1,638 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 349,610 kes.
Ordinan baharu beri kuasa kerajaan guna dana tanpa kelulusan wakil rakyat dalam tempoh darurat
Ini berdasarkan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2021, melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu.
COVID-19: 1,133 kes baharu, 1,148 sembuh dan 5 kematian
Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali ke empat angka berbanding tiga angka semalam.