PUTRAJAYA: Sempadan negara harus dikawal sebaiknya bagi memastikan tiada varian baharu COVID-19 memasuki Malaysia memandangkan terdapat varian baharu dikesan di rantau ASEAN.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini empat varian baharu dikenal pasti di Malaysia iaitu varian United Kingdom (UK), India, Brazil dan Afrika Selatan.
"Kita akan pertingkatkan kawalan sempadan negara kita. Alhamdulillah kawalan sempadan negara sangat baik. Kes yang dikesan pun satu angka. Kita bimbang varian baharu telah pun dikesan di rantau ini.
“Contoh varian yang kita kenal pasti ada empat iaitu varian UK, India, Brazil dan Afrika Selatan. Ada kita dapati maklumat dari Vietnam, ada varian kacukan yang baharu iaitu varian UK dengan India.
“Jadi ini mungkin akan menambahkan kes-kes atau virus ini merebak lebih cepat dan kemungkinan akan membawa lebih banyak kematian,” katanya dalam sidang media khas COVID-19 yang turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad.
Astro AWANI pada Ahad melaporkan pihak berkuasa Vietnam mengesan varian baharu virus COVID-19 yang merupakan gabungan varian India dan UK serta tersebar melalui udara dengan pantas.
Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long menggambarkan varian baharu itu sebagai kacukan daripada dua varian yang diketahui sebelum ini.
Jelasnya, varian baharu itu merupakan varian India dengan mutasi yang asalnya daripada varian UK serta lebih berbahaya.
Negara Asia Tenggara sebelum ini telah mengesan tujuh varian COVID-19 antaranya B.1222, B.1.619, D614G, B.1.1.7, B.1.351, A.23.1 dan B.1.617.2.
Ridauddin Daud
Sun May 30 2021

Sempadan negara harus dikawal sebaiknya bagi memastikan tiada varian baharu COVID-19 memasuki Malaysia memandangkan terdapat varian baharu dikesan di rantau ASEAN, kata Tan Sri Dr Noor Hisham. - Gambar AP

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.