KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki negara tampil dengan jersi baharu yang mengekalkan warna kuning dan hitam pada saingan Piala Dunia Remaja (JWC) 2023 berlangsung pada 5 hingga 16 Dis ini, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata jersi yang direka khas oleh KHM itu mengekalkan identiti kuning dan hitam sebagai simbolik kepada skuad Malaysia selain terdapat bendera sebagai lencana di bahagian dada.
"Kuning dan hitam, saya rasa warna itu membawa semangat sebagai atlet Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Mock Cheque TNB dan Pengenalan Jersi Pasukan Young Tigers di sini semalam.
Terdahulu, skuad Young Tigers menerima suntikan semangat dana sebanyak RM1 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja utama Young Tigers.
Sementara itu, mengenai persiapan penganjuran JWC, Subahan berkata segala persiapan berjalan lancar seperti dirancang oleh KHM.
"Kita amat yakin dapat anjurkan kejohanan dengan baik," katanya.
Menurut Subahan, tiga pasukan iaitu Chile, Australi dan Belgium telah tiba di Malaysia.
JWC merupakan kejohanan dwitahunan bagi pemain hoki berusia 21 tahun ke bawah dan pada edisi kali ini, 16 pasukan mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Subahan menunjukkan jersi baharu skuad hoki remaja lelaki negara pada majlis Penyerahan Mock Cheque TNB dan Pengenalan Jersi Pasukan Young Tigers di Kuala Lumpur semalam. - FB Malaysian Hockey Confederation

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.

Jersi baharu Young Tigers kekal identiti kuning hitam
Subahan berkata jersi yang direka khas oleh KHM itu mengekalkan identiti kuning dan hitam sebagai simbolik kepada skuad Malaysia.

Skuad hoki remaja lelaki pesta gol, benam Bangladesh 5-1
Tirai jaringan dibuka Shafiq Ikhmal pada minit kelapan sebelum Shahmie gandakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-13.