KUALA LUMPUR: Jerman menamatkan kemarau sedekad untuk mencipta sejarah apabila menjulang trofi Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) buat kali ketujuh dengan menewaskan Perancis 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Ia juga merupakan kemenangan JWC keempat Jerman di bumi Malaysia, selepas merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009 selain pernah muncul juara pada edisi 1985, 1993 dan 2013.
Jerman menebus kekecewaan 0-2 kepada Perancis pada perlawanan peringkat kumpulan minggu lepas.
Pada perlawanan ulangan final edisi New Delhi 2013, Perancis, pasukan ranking ketujuh dunia, mendahului menerusi jaringan padang oleh Jules Verrier pada minit ke-17, dalam percubaan untuk membalas dendam atas kekalahan 5-2, 10 tahun lalu.
Jerman, bagaimanapun, mengubah rentak permainan pada babak kedua apabila Jan Cordes merampas bola daripada pemain pertahanan Perancis untuk menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke-32.
Liam Holdermann menghadiahkan gol kemenangan Jerman menerusi jaringan padang pada minit ke-40 untuk mengesahkan kejuaraan buat gergasi Eropah itu.
Pasukan Les Bleus, dengan pencapaian terbaik muncul naib juara pada edisi 2013, meningkatkan rentak permainan menerusi gerakan pantas pada tiga minit terakhir perlawanan tetapi gagal menebusi bentang pertahanan Jerman.
Jerman layak ke final selepas menumpaskan India 4-1 manakala Perancis mengalahkan Sepanyol 3-1 pada saingan separuh akhir , Khamis lalu.
Holdermann, 20, berkata ia adalah kemenangan yang penuh emosi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) sejurus sebelum kemenangan 5-3 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, 5 Dis lalu.
"Saya rasa bukan hari yang baik kerana ia sangat sukar tetapi saya tidak sedar saya menjaringkan gol kemenangan. Selepas rehat, kami datang dengan mentaliti bahawa kami perlu memberi tekanan dan bermain dengan lebih baik.
"Sungguh sukar dipercayai kami telah menjadi juara dalam JWC pertama saya," kata pemain kelahiran Berlin itu kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Sementara itu, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens berkata, anak buahnya hilang penguasaan bola dan mendapati ia lebih mencabar untuk menembusi bulatan pada separuh masa kedua.
"Saya rasa pemain kami sedikit keletihan dan terlepas beberapa perkara, kehilangan lebih banyak bola pada separuh masa kedua. Mungkin ada yang mengatakan anda pasti berpuas hati dengan pingat, tetapi tidak, kami sedih kerana tidak dapat memenangi Piala Dunia," katanya.
Pada edisi 2021 di Bhubaneswar, India, Argentina menewaskan Jerman 2-1 pada final manakala Perancis menang pingat gangsa dengan menewaskan India 3-1.
Terdahulu, perlawanan final yang dijadualkan pada jam 8.30 malam itu ditangguhkan sejam kerana hujan lebat sebelum perlawanan pingat gangsa antara Sepanyol dan India yang bermula pada jam 7 malam berbanding jadual awal jam 6 petang.
Sementara itu, Sepanyol mengulangi pencapaian terbaik mereka yang pernah menduduki tempat ketiga dalam JWC pada edisi 2005 di Rotterdam, Belanda, selepas mengejutkan India 3-1 dalam perlawanan menentukan tempat ketiga.
Sepanyol, pasukan ranking keenam dunia, menjaringkan tiga gol padang menerusi dua gol Nicolas Alvarez pada minit ke-25 dan ke-51, dan Pau Petchame pada minit ke-40.
Juara 2001 dan 2016, India, mendapat gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti Sunil Jojo pada minit ke-28 untuk berpuas hati dengan penamat tempat keempat sekali lagi selepas edisi terakhir di Bhubaneswar.
Ketua pasukan Perancis, Gaspard Xavier dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan bintang yang semakin meningkat manakala Hugo Labouchere dari Belgium muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan gol.
Penjaga gol terbaik disandang Joshua Onyekwue Nnaji dari Jerman.
Trofi dan pingat disampaikan oleh Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Pasukan Jerman meraikan kejayaan bersama piala kejohanan selepas tamat perlawanan akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, pada Sabtu. Jerman muncul juara selepas menewaskan pasukan Perancis 2-1. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.

Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.

Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.

Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.

Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.

Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.

Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.

Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.