KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun tidak pernah meminta Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) menyekat kemasukan atlet beberapa negara yang menunjukkan peningkatan kes COVID-19 termasuk Malaysia ke temasya itu.
Kedutaan Jepun di Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan persiapan sewajarnya sedang giat dilakukan termasuk melaksanakan langkah-langkah bagi membendung jangkitan itu dan memastikan Tokyo 2020 pada bulan depan berlangsung dalam keadaan selamat.
"Jepun benar-benar berharap atlet Malaysia, rakan akrab Jepun sejak sekian lama, akan meraih kejayaan pada temasya itu," menurut kenyatan itu.
BACA: Pengecualian sertai Olimpik, KBS masih tunggu makluman rasmi
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Toshiro Muto menafikan dakwaan bahawa kemasukan atlet 10 negara termasuk Malaysia akan disekat mulai bulan depan susulan peningkatan kes COVID-19.
Beliau berkata kemungkinan langkah sekatan kemasukan itu tidak pernah dipertimbang namun kontinjen beberapa negara dikehendaki mendapatkan suntikan penuh vaksin COVID-19 sebelum tiba di Jepun untuk menyertai temasya tersebut, yang dijadual bermula pada 23 Julai.
Perkara itu timbul susulan laporan sebuah akhbar harian tempatan bahawa kerajaan Jepun telah mengeluarkan pekeliling kepada jawatankuasa tersebut untuk "menyekat kemasukan" atlet 10 negara yang berdepan peningkatan kes COVID-19.
Menurut laporan itu, jika jawatankuasa tersebut tidak berbuat demikian, langkah lebih ketat akan dikenakan termasuk kuarantin selama 14 hari.
Selain Malaysia, negara yang dinamakan dalam laporan itu ialah India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam dan United Kingdom.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan berasingan hari ini memaklumkan pihaknya menerima pengesahan secara peribadi daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi berhubung kenyataan Muto serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menafikan laporan itu.
Beliau bersyukur kerana barisan atlet yang kini giat menjalani latihan bagi menghadapi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo berada dalam keadaan terbaik untuk menggalas cabaran negara di Jepun nanti.
"Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Hiroshi yang sentiasa memberi perkembangan terkini serta turut membantu mengesahkan bahawa Malaysia sentiasa dialu-alukan untuk menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya.
Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik Tokyo dijadual dari 24 Ogos hingga 5 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik Tokyo dijadual dari 24 Ogos hingga 5 Sept depan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi
IOC menandatangani persetujuan selama 12 tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Arab Saudi untuk menganjurkan Olimpik Esukan.
[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia
Untuk menghasilkan rekaan pakaian kontinjen Olimpik dari Malaysia yang terbaik, terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipertimbangkan.
Olimpik 2024: Negara bertanding mula peraga pakaian rasmi kontinjen
Antara yang mendapat perhatian ialah reka bentuk pakaian rasmi Olimpik kontinjen Haiti.
[KOLUMNIS] Atlet negara adalah belang rimau kita
Kita punya masa empat tahun untuk fikirkan soal imej dan penjenamaan atlet, namun,reka pakaian kontijen negara bagi Olimpik Paris 2024 menunjukkan ketidaktelitian membuat keputusan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Nur Aisyah pelumba lebuh raya wanita pertama ke Olimpik
Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.
Para Asia: Permulaan meyakinkan empat wakil badminton negara
Kesemua empat wakil perseorangan lelaki badminton negara membuka tirai kempen Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China dengan langkah kanan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari pertama.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.