Mereka juga berpeluang meluangkan masa bersama tonggak utama Harimau Selatan seperti Matthew Davies, Corbin Ong dan Nazmi Faiz Mansor sebelum jamuan disediakan.
"Kami daripada kalangan pemain JDT berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Fitrah Qaseh di SSI," kata penjaga gol, Farizal Marlias.
"Sangat menakjubkan apabila melihat betapa bersyukurnya mereka ini.
"Seronok dapat berbuka puasa bersama mereka.
"Saya sangat bersyukur dengan apa yang kami ada dalam hidup ini," kata Davies. -- Stadium Astro
