EDEN HAZARD memohon maaf kepada penyokong Real Madrid selepas dia dilihat tertawa bersama-sama pemain Chelsea sejurus tersingkir daripada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), semalam.
Pemain antarabangsa Belgium itu, yang menghabiskan tujuh musim di Stamford Bridge sebelum menyertai Madrid pada 2019, dikritik hebat kerana sempat berjenaka dengan beberapa bekas rakan sepasukannya itu.
Lebih-lebih lagi Hazard gagal memperagakan prestasi yang memberangsangkan dan bergelut dengan kecederaan sepanjang dua musimnya di Santiago Bernabeu dan mula dikaitkan dengan perpindahan.
Dia bermain 89 minit dalam kekalahan 0-2 di London barat itu menerusi sentuhan penyudah Timo Werner dan Mason Mount untuk Madrid tewas 1-3 secara agregat.
Sejumlah bekas pemain Madrid membidas Hazard atas tindakannya itu dengan Fernando Morientes meminta pemain berusia 30 tahun berkenaan untuk meminta maaf kepada peminat.
Hazard kemudian muncul di media sosial semalam dengan mengeluarkan satu kenyataan pendek yang berbunyi: "Saya minta maaf. Saya telah membaca banyak pendapat mengenai saya hari ini dan bukan niat saya untuk menyinggung perasaan peminat Real Madrid.
"Sudah menjadi impian saya untuk bermain bersama Real Madrid dan saya datang ke mari untuk menang. Musim ini belum berakhir dan kami perlu bersatu padu untuk untuk menawan La Liga! Hala Madrid!"
Hazard memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Liga Europa, Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA ketika bersama The Blues.
Penyerang itu hanya tampil 40 kali buat gergasi Sepanyol itu sejak mencapai kesepakatan untuk berhijrah termasuk 18 penampilan dalam kempen 2020-21.
Dia mungkin berpeluang menebus tindakannya itu dengan menghadiahkan kejuaraan liga buat Madrid dengan misi menang ke atas pasukan di tangga keempat, Sevilla, awal pagi Isnin ini.
Astro Arena
Fri May 07 2021

Sejumlah bekas pemain Madrid membidas Hazard atas tindakannya itu dengan Fernando Morientes meminta pemain berusia 30 tahun berkenaan untuk meminta maaf kepada peminat. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.

UCL: Hazard mula temui rentak, Real Madrid lepas ujian getir di Celtic Park
Tuan rumah menghadirkan ancaman di awal permainan, memberi ketakutan buat penyandang kejuaraan pada separuh masa pertama.

Euro 2020: Jaringan tunggal Hazard hantar Portugal, Ronaldo pulang
Belgium berjaya lolos ke suku akhir bertemu Itali hasil jaringan tunggal Thorgan Hazard.

Zidane beri gambaran masa depan: Saya akan mudahkan urusan Real Madrid
Anak buahnya menguasai tangga kedua dalam usaha mereka mempertahankan gelaran domestik itu.

Hazard akui tidak berniat singgung hati penyokong Real Madrid
Hazard memohon maaf kepada penyokong Real Madrid selepas dia dilihat tertawa bersama-sama pemain Chelsea sejurus tersingkir daripada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), semalam.

Zidane: Hazard seronok diterjah
Hazard dikasari beberapa kali sebelum digantikan sebaik perlawanan menginjak usia 61 minit.

Zidane harap Hazard terus menyinar selepas raih gol sulung
Hazard membuka akaun jaringan dengan lambungan cantik dalam babak pertama dalam pertemuan dua kelab teratas di Santiago Bernabeu, menggandakan kelebihan Real.

Piala Super UEFA: Hampir mustahil ganti Hazard - Lampard
Eden Hazard tidak boleh digantikan dengan hanya seorang pemain.

10 perpindahan tumpuan musim baharu 2019/2020
Musim baharu bola sepak membuka tirainya bermula hujung minggu ini, siapakah dan ke manakah pemain-pemain liga-liga utama Eropah berhijrah?

#AWANIEuropa: Saya rasakan ia ucapan selamat tinggal - Hazard
Eden Hazard bagi bayangan akan meninggalkan Chelsea untuk mencari cabaran baru.