Keganasan berasaskan jantina (GBV), termasuk isu gangguan seksual dalam arena sukan Malaysia semakin membimbangkan, dan perlu ditangani segera bagi membina ruang yang selamat dan terjamin kepada semua terlibat, menurut Persatuan Pergerakan Wanita (Awam).
Presidennya, Premalosani Arivanathan berkata berdasarkan penyelidikan dilakukan oleh Kolej Poly-Tech MARA terhadap 422 atlet pada tahun 2017, mendapati sebanyak 15.9 peratus responden pernah mengalami gangguan seksual dalam sukan, menyaksikan separuh daripada atlet terbabit pernah mewakili negara di pertandingan antarabangsa.
Lebih mengejutkan, katanya, atlet lelaki lebih terdedah kerana kajian menunjukkan bahawa 19 peratus daripada atlet lelaki pernah mengalami gangguan seksual, berbanding atlet wanita iaitu sebanyak 11 peratus.
"Kira-kira 28 peratus daripada mangsa terjejas dari segi fizikal dan mental mereka, sekali gus mempengaruhi prestasi dalam sukan serta kerjaya dalam jangka panjang," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Awam dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) di sini hari ini.
Premalosani berkata MoU berkenaan adalah langkah pertama untuk menangani isu GBV seperti gangguan seksual, rogol dan keganasan rumah tangga dengan memberi latihan kepada atlet, jurulatih dan pegawai selama setahun.
Dalam pada itu, beliau mendedahkan sebanyak 191 laporan mengenai GBV diperolehi melalui talian telenita sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, dan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak.
"Berbanding sebelum ini, Awam hanya menerima 195 laporan mengenai kes GBV pada tahun 2019. Malah pada 2017 hingga 2019, kami menerima purata 100 hingga 150 kes setahun, tapi tahun ini, kami menerima 190 kes dalam tempoh enam bulan," katanya.
Sementara itu, Presiden MPM datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin berkata badan induk sukan para itu berbangga kerana menjadi organisasi sukan pertama bekerjasama dengan Awam untuk menangani isu gangguan seksual tanpa mengira jantina.
"Inisiatif ini diambil demi melindungi dan memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam pergerakan sukan para di Malaysia, termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai teknikal dan pentadbir persatuan.
"MPM dan Awam bersependapat bahawa gangguan seksual amat penting untuk dibincangkan secara terbuka walaupun agak sensitif bagi golongan wanita dan kurang upaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020
Kira-kira 28 peratus daripada mangsa terjejas dari segi fizikal dan mental mereka, sekali gus mempengaruhi prestasi. -Gambar hiasan
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pendedahan global diperlukan untuk tingkatkan syarikat teknologi tempatan - MDEC
MDEC terlibat dalam beberapa projek di bawah ASEAN yang bertujuan membangun rangka kerja untuk aliran data rentas sempadan dan perdagangan digital.